Nasi Kandaq Penang tangkap leleh


Nostalgia Nasi Kandar Penang & Kisah Unik Kenapa Kedai Mamak Disana Dibuka Pada Waktu Pelik

Sebut sahaja nasi kandar, apa yang terlintas dalam kepala adalah nasi putih sepinggan, ayam goreng (berempah / garing), sayur kubis, bendi rebus, telur rebus dan sotong yang ‘tenggelam’ dibanjiri kuah kari campur.

Hidangan nasi kandar ‘lengkap’ di salah sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang. Sumber: Google
Orang kata, kalau nak tahu nasi kandar tu ‘ummpphh’ ke tidak, lepas habis makan dalam dua jam, cuba cium tangan, bau kari itu masih melekat lagi atau tidak.

Kalau masih melekat, bermakna kari itu memang padu dan ‘piau’ orang Melaka kata.

Kenapa warung nasi kandar di Pulau Pinang dibuka pada waktu pelik-pelik?
Persoalan ini pasti berlegar di kepala anda, bukan?

Ada yang dibuka seawal empat pagi, ada yang pukul 11 tengah hari, malah ada pula yang dibuka pada tengah malam!

Tidak macam kebanyakan restoran nasi kandar di negeri lain, biasanya ia dibuka selama 24 jam ataupun waktu standard gerai makan lain, iaitu enam pagi hingga dua pagi hari berikutnya.

Sebenarnya, keunikan warung nasi kandar di Pulau Pinang ini yang dibuka pada waktu yang berbeza adalah kerana ia ‘menepati’ kitaran rutin harian warga penduduk di sana, khususnya bagi golongan pekerja.

Keunikan ini diceritakan kembali oleh seorang warga Facebook, Raja Iskandar Raja Halid di group Nasi Kandaq Hunters baru-baru ini.

Mari baca perkongsiannya di bawah ini.

Pemandangan ‘indah’ yang menyambut ketibaan pelanggan di warung-warung nasi kandar, pastinya sangat menggamit selera. Gambar: Google
Nostalgia Nasi Kandar

Makan di Penang ni ‘is a 24-hour affair’ sejak dari dulu (70-90’an) sampai la ni. Bukan pasai ada banyak kedai mamak 24-jam (macam trend la ni) tapi rotation kedai berbeza yang bukak. Sebab apa? Nak cater untuk pelanggan yang berbeza. Pernah bawa member KL mai Penang makan dia kata ‘gila’ makan tak berhenti.

Zaman tu Penang tengah booming sebab kilang banyak dan hotel industri rancak. Night life masa tu KL pun kalah. Pekerja kilang ada yang shif 24-jam, pagi masuk dan ada yang balik malam. Pagi sebelum pi kerja depa beli nasi, balik malam pun depa beli nasi. Sama jugak dengan orang kerja hotel dengan dunia night life ni. Habis kerja atau lepas enjoy berdengung 2-3 pagi, depa pi cari nasi kandaq. Nasi kandaq mostly cater untuk ‘working class’.

Depa takdak restoran ‘fancy’ dengan lauk mewah macam la ni. Yang cater untuk middle class ni Hameediyah, Dawood dan Ghani yang serve briyani (Dawood dan Ghani katop dah). Ada juga nasi putih tapi tak considered nasi kandaq. Dulu masa kecik-kecik kami pi cuma on special occasion saja, itu pun order nasi briyani kosong ayam seketoi share 2 orang. Kebelakangan ni saja dia rebrand jadi ‘oldest nasi kandaq’ to capitalize on the current trend dan media hype on nasi kandaq.

Kedai mamak 24-jam masa tu cuma ada Craven A kat Simpang Enam, femes dengan bihun Singapore. Tokey dia botak dok kat kaunter, siang pi pun dia ada, malam pi pun dia ada, konfius juga bila masa dia tidoq. Dia pun ada juai nasi (depa panggil nasi mamak) tapi kami pi cuma pekena roti canai atau bihun saja atau singgah beli rokok. Lepas tu anak dia take over, rebrand jadi hip sikit dan buka cawangan kat KL.

Saya dulu ada juga kerja malam ni dan selalu lepak kadang sampai pagi. Port nasi kandaq masa tu ofkos Tamil Street. Duduk makan tengah jalan, bila lori ikan mai hantaq kat market Chowrasta, semua kena angkat kerusi meja, lori akan lalu ada kot sekaki dari kepala. Tapi Tamil Street dia katop dalam 2-3 pagi, kalau lambat sikit kami ada beberapa pilihan lain. Samada pi Masjid Keling (la ni nasi beratoq) atau Kassim (simpang enam) opposite Craven-A.

Masalahnya, Kassim ni pulak dia macam ada kelas sikit (bagi kami masa tu). Ada bias sikit dan pernah kami ‘protes’ dan blah tak mau bayaq. Cook dia keluaq perambat kami. Tapi saya mai balik a few years later minta maaf dan bayaq balik. Pilihan terakhir masa tu adalah Line Clear. Dia bukak sampai pagi. Line Clear ni pun ada cerita dia di sebalik nama tu (legend).

Awal 90-an ada satu kedai baru buka di Chulia Street. Dia jual nasi dalcha dan buka jam 4 pagi. Jadi, kalau kami terlepas Tamil Street, boleh pi kat dia tapi ada ‘gap’ masa. Jadi kena tunggu dalam gelap-gelap depan kedai dia sampai buka. Bila nampak ja lampu kedai buka (pintu masih tutup) kami pun excited dan serbu depan pintu nak tolong ambik kerusi meja. Ada yang tolong bawa keluar periuk (macam kenduri). Kedai ni nama dia Kassim Mustafa dan bawa fenomena baru dalam industri nasi. Dia pun bukan kategori nasi kandaq tapi satu alternatif baru.

Kemudian ada lagi buka sebelah pagi di bawah Hotel Merlin kat Bishop Street. Kat Sungai Pinang pun ada, nasi Farok makan tepi sungai (kena tahan bau sikit). Kat Dhoby Ghaut pun ada Sulaiman, masa tu kedai dia kat corner Market Cross. Seingat saya Sulaiman ni dia pakai spek, kaut nasi pakai tempurung nyok, adjust nasi pakai tangan dan akan picit daging dengan jari dia untuk pilih yang lembut (orang KL mesti terlioq). Lepas tu dia pindah pi depan penjara dan tengah dok ‘hot’ la ni.

Petang sikit Sharif buka kat Gelugoq depan 7-11. Masa tu (awal 90-an) saya kerja 7-11 dan dok perati hari-hari orang beratoq panjang. Depan tu pun ada satu lagi mamak jual nasi kandaq dengan gerai aluminum merelit bersih tapi takdak orang. Depa nak Sharif juga, yang lebih kurang macam Sulaiman juga teknik ambil lauk dia. Cermin gerai dan apron dia dah macam lukisan abstrak kalu tengok.

Jadi begitulah cycle nasi kandaq di Penang masa tu. Lunch jarang orang makan nasi kandaq, lebih pada pagi dan tengah malam. Bagi saya, nasi kandaq remains makanan ‘working class’ yang simple, humble dan dengan ‘different shades of taste’ dan ‘subtlely’ yang orang makan lama dia boleh tau. Dia bukan terletak atas ‘extravagance’ lauk tu itself, tapi the ‘simplicity’ if it, itu yang susah. Sebab tu orang lama dia cuma order daging seketoi, teloq rebus dengan bendi, and that’s to them is nasi kandaq.

Itu la sedikit sebanyak perkongsian saya tentang life saya di Penang zaman 70-an sehingga 90-an. Mohon maaf kalau ada silap tolong mamu otai perbetoi dan tambah sikit fakta lain untuk kongsi.

Lamb shank Chef Ammar, nasi kandar Jitra Mai paling laris di Bazar Stadium Shah Alam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker