Gempar! Harimau Belang Muncul Belakang Rumah

Gempar! Harimau Belang Muncul Belakang Rumah

GUA MUSANG: Kemunculan harimau belang di belakang rumah penduduk di Kampung Bihai Lama di sini, menyebabkan masyarakat Orang Asli di kawasan itu ketakutan.

Kehadiran harimau itu disedari oleh Nari Abus, 46, yang terserempak dengan haiwan berkenaan pada jam 6 petang, Sabtu.

“Harimau tersebut menghampiri rumah sehingga menyebabkan kami terpaksa lari dan mengurung diri dalam rumah,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, susulan kejadian itu penduduk terpaksa menjalani perintah berkurung bagi mengelakkan mereka berdepan bahaya.

Katanya, mereka kini menjalani perintah tersebut secara beramai-ramai di dalam lima buah rumah.

Dia berkata, bagaimanapun pemeriksaan lanjut mendapati harimau itu menuju ke kawasan kebun.

“Sebelum ini terdapat tiga ekor harimau yang berkeliaran di kawasan kami, tetapi seekor harimau sudah mati selepas membaham seorang penduduk pada Jumaat lalu.

“Bagaimanapun masih terdapat dua ekor lagi yang belum ditangkap dan situasi itu menyebabkan kami sentiasa hidup dalam ketakutan,” katanya.

Susulan kejadian serangan harimau penduduk orang asli di Kampung Bihai Lama, Gua Musang terpaksa menjalani perintah berkurung bagi mengelakkan mereka berdepan bahaya.

Pada Jumaat, seorang lelaki Orang Asli maut dibaham seekor harimau dalam kejadian di Kampung Sau, Pos Bihai.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Anek Along, 59.

Anek merupakan mangsa kedua pak belakang di sini selepas pada Julai lalu seorang lelaki Orang Asli, Adin Andok, 43, hampir maut akibat diserang haiwan liar tersebut.

Adin yang mengalami luka di bahagian lengan kanan dan kiri serta mata bertindak menetak harimau belang menggunakan golok bagi menyelamatkan diri selepas diterkam haiwan berkenaan dalam kejadian di Kampung Badak, Pos Bihai.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mencuci kawasan kebun ubi kayu miliknya.-SH

Gempar! Harimau Belang Muncul Belakang Rumah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker