Patutlah Rakyat Gelar ‘PM Cirit’

Oleh Megat Terawih

Perangai ahli politik yang menipu dan kuat berbohong mudah untuk dibaca.

Ketika berceramah di hadapan penyokong sendiri, pelbagai kata-kata kesat dan cercaan serta hinaan dihamburkan oleh Muhyiddin terhadap Najib Razak yang terkenal dengan panggilan Bossku.

Sepanjang siri kempen pilihanraya negeri Johor, Muhyiddin hanya berbekalkan modal kempen memanipulasi isu 1MDB dan mengupas malah membuat penafsiran betapa teruknya slogan ‘malu apa bossku’ yang dipopularkan oleh netizen yang bersimpati dan memahami apa sebenarnya berlaku ke atas diri bekas perdana menteri itu.

Populariti Najib naik mendadak selepas kalah di pilihanraya umum ke 14 melebihi ketika beliau menjadi perdana menteri.

Slogan ‘malu apa bossku’ menjadi siulan anak muda malah turut dijadikan lagu yang dinamik untuk menaikkan semangat ketika dihina nista dan difitnah.

Bukan setakat itu, ada produk yang di namakan ‘malu apa bossku’ turut menjadi pilihan. Kemaraan Najib selepas kalah, kebangkitan nama beliau setelah tidak lagi menjadi perdana menteri kekal sehingga kini menjadi fenomena. Kemana sahaja beliau pergi, pelbagai bangsa dan agama datang berkerumun. Ini semua kerana mereka mengetahui apa yang sedang dibuat oleh musuh Najib.

Azmin Ali yang dilihat sebagai pemimpin paling kanan di dalam parti PPBM tersilap langkah. Azmin mengajak Najib Razak berdebat isu peneroka Felda di satu ceramah beliau di sini.

Azmin mungkin beranggapan Najib tidak berani menyahut seruan itu tetapi jangkaan beliau meleset, Najib Razak tidak menunggu lama menyahut cabaran tersebut malah membuka gelanggang mengajak Muhyiddin turut sama bagi membantu Azmin.

Malah Najib turut memberikan ‘soalan bocor’ kepada Azmin dan Muhyiddin untuk memudahkan mereka berhadapan dengan beliau.

Akhirnya Muhyiddin menjawab dan jawapan Muhyiddin lebih rendah tarafnya dari ketua darjah sekolah rendah.

Muhyiddin mengelak secara terang-terangan tanpa rasa malu walaupun sebelum ini mengutuk Najib hampir setiap hari.

Bangsa Johor jangan terpalit dengan fitnah jahat kumpulan manusia yang pernah menipu di pilihanraya umum yang lalu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker