Merusuh kerana isu pembaikan jambatan di Tawau

Merusuh kerana isu pembaikan jambatan di Tawau

POLIS Daerah Tawau menahan empat lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga asing selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 an hingga 70 an.



Menurutnya, kejadian rusuhan itu dipercayai berlaku disebabkan salah faham di antara penduduk kampung berhubung pembaikan atau pembinaan jambatan di satu kawasan yang terlibat dengan kebakaran 17 Mac lalu.

“Seramai enam orang suspek yang cedera dalam rusuhan ini telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Kesemua suspek ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pada hari ini untuk mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh lima tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/1963.



Terdahulu, video yang memaparkan pergaduhan kedua-dua belah pihak itu menjadi tular di media sosial.

Kedua-dua pihak dilihat menggunakan senjata tajam dipercayai parang dalam pergaduhan tersebut. Utv

Merusuh kerana isu pembaikan jambatan di Tawau


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri



Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker