Mayat Penoreh Getah Ditemukan Dalam Perut Ular Sawa

Mayat Penoreh Getah Ditemukan Dalam Perut Ular Sawa

Misteri kehilangan seorang wanita Indonesia berusia 52 tahun akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemukan dalam perut seekor ular sawa sepanjang enam meter.

Memetik laporan Regional Kompas, mangsa yang dikenali sebagai Zahara merupakan seorang penoreh getah yang menetap di daerah Tanjung Jabung Barat. Mangsa dilaporkan hilang sejak Ahad lalu dan sejak daripada itu, penduduk kampung iaitu sekitar 300 orang telah masuk ke dalam hutan untuk mencari mangsa. Namun tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan mangsa sehinggalah pada keesokan harinya, penduduk kampung menemui seekor ular sawa sepanjang enam meter.

Menurut salah seorang penduduk kampung iaitu Birin, mereka mula berasa curiga selepas melihat perut ular tersebut yang agak besar. Mereka kemudian berpakat untuk menangkap dan membunuh ular terbabit sebelum membelah perutnya.

Ular itu berjaya ditangkap dan kemudian dibunuh penduduk. Mengesyaki perut ular itu besar, ia dibedah. Di dalamnya kami menemui mayat Zahara. Ular ini adalah betina kerana bentuknya yang pendek tapi besar.

Penemuan mayat Zahara secara tidak langsung telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung yang rata-ratanya akui takut untuk masuk ke hutan.
Sumber: Regional Kompas

Mayat Penoreh Getah Ditemukan Dalam Perut Ular Sawa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker