Fernando Alonso, Taylor Swift bercinta?

LONDON: Pengulas Sky Sports F1, David Croft dan Karun Chandhok tidak mampu menahan diri dari­pada menyebut nama Taylor Swift  berulang kali sepanjang kelayakan Grand Prix Formula Satu (F1) Azerbaijan kelmarin.

Ia berlaku di tengah-tengah spekulasi Taylor Swift penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS) itu kini bercinta dengan juara dunia dua kali, Fernando Alonso.

Swift, 33, dikatakan telah berpisah dengan pasangannya, Joe Alwyn, manakala hubungan Alonso dan Andrea Schlager sudah berakhir.



Alonso, 41, meningkatkan lagi khabar angin itu dengan membuat catatan nakal di TikTok sambil menjadikan lagu Swift, Karma ­sebagai muzik latar belakang.

Dia kemudian mengelak soalan mengenai Swift di Azerbaijan dengan memberitahu Sky Sports: “Saya hanya memberi tumpuan kepada Baku dan perlumbaan”.

 

Pemandu Aston Martin itu kemudian memberitahu media Sepanyol, ­Marca: “Saya biasanya memisahkan kehidupan peribadi dan profesional. Saya lebih suka tidak mengulas mengenainya.”



Bagaimanapun, dengan spe­kulasi terus berkisar me­ngenai hubungan Alonso dan Swift, pengulas Sky Sports tidak dapat menahan daripada mengaitkan bintang pop itu sepanjang sesi kelayakan.

Ketika mengulas, Croft memuji pemanduan pantas Alonso dan secara bergurau berkata, pemandu Sepanyol itu memandu ‘kereta percutian’ lagu dari ­album Swift pada 2017, Repu­tation.

Chandhok kemudian menambah: “Sekurang-kurangnya dia boleh berkata ‘jangan salahkan saya, ini isu kereta”, merujuk kepada lagu Don’t Blame Me.

Croft juga memetik beberapa lagu popular Swift seperti Style dan Would’ve, Could’ve, Should’ve setiap kali bercakap tentang Alonso.



Alonso menamatkan sesi kelayakan di tempat keenam, dan pemandu Ferrari, Charles Leclerc mengatasi juara bertahan, Max Verstappen untuk menduduki petak pertama.
– AGENSI

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker