Situasi di PKRC MAEPS ‘mencabar’, pesakit tambah 1,000%



Sebaran :

 

PETALING JAYA: Jabatan Kesihatan Selangor berkata, situasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) “semakin mencabar”, susulan peningkatan pesakit Covid-19 kategori tiga.

Kategori tiga pesakit Covid-19 adalah mereka yang bergejala radang paru-paru.

Katanya, pusat itu hanya mempunyai 60 katil untuk pesakit kategori tiga pada awal Januari lalu, tetapi ia kini meningkat kepada 757 pesakit, peningkatan lebih 1,000% hanya dalam masa lima bulan.



Ini menyebabkan aduan berhubung kesesakan, kemudahan tidak mencukupi dan kesukaran mematuhi peraturan Covid-19 disuarakan di media sosial.

Alvin Dev Singh yang pernah dirawat di PKRC MAEPS memberitahu FMT, beliau mendapati keadaan di sana “tidak selamat”.

Kesetiaan Tok Mat membawanya ke jawatan No. 1

“Sangat susah untuk pesakit mengekalkan SOP, khasnya penjarakan fizikal. Ia tidak selamat. Ia bukannya keadaan yang selesa sama sekali,” tulisnya.



Jabatan Kesihatan Selangor berkata, ia bercadang meningkatkan kapasiti di PKRC MAEPS kepada 1,000 katil bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang.

Menurutnya, pesakit kategori tiga ditempatkan di dewan berdekatan unit rawatan rapi (ICU) sementara supaya pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan, manakala pesakit kategori satu dan dua yang stabil ditempatkan di Dewan DG.

“Bagaimanapun, pihak PKRC cuba sebaik mungkin memisahkan kategori pesakit warganegara dan bukan warganegara di dewan ini,” katanya di Facebooknya sambil menambah ia akan meneliti dan melakukan penambahbaikan terhadap isu proses kemasukan pesakit.



PAS Selangor dakwa Twitter Roslan SMS digodam – suka ciapan porno


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Dengan segala kelonggaran, sebenarnya kita buat PKP ini untuk apa? – Najib Razak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Sebaran :


Leave a Reply