Kebakaran di Meruntum babitkan 221 mangsa

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, hari ini, mengesahkan sejumlah 221 orang mangsa membabitkan 45 keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Meruntum, Putatan, semalam.

Jurucakapnya berkata, kejadian di perkampungan atas air itu turut mengakibatkan sebanyak 35 buah rumah musnah ‘dijilat’ api.

“Setakat ini, sebanyak dua pusat pemindahan sementara telah dibuka iaitu di PPR Serigai dan Dewan Keramat.

PAS Selangor dakwa Twitter Roslan SMS digodam – suka ciapan porno

“Setakat pagi tadi juga, 62 mangsa telah ditempatkan di PPR Serigai manakala belum ada mangsa ditempatkan di Dewan Keramat buat masa ini, kami akan maklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, tiga anggota bomba turut dilaporkan cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata, tiga anggota terbabit berada dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang daripada hospital, malam tadi.

Kesetiaan Tok Mat membawanya ke jawatan No. 1


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Dengan segala kelonggaran, sebenarnya kita buat PKP ini untuk apa? – Najib Razak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker