Kisah Zizan dan Hawa
Kisah Zizan dan Hawa
Hubungan pengacara, Hawa Rizwana, 27, dan pelakon, Zizan Razak, 39, terus diperkatakan apabila mereka dilihat sering tampil berdua, malah, Zizan kerap memuat naik foto mereka di Instagram (IG), sejak akhir-akhir ini.
Bertanya perkara itu kepada Hawa atau nama sebenar, Hawa Rizwana Ahmad Rezuan, dia menjelaskan, Zizan sekadar teman, malah disifatkan sebagai abang.
“Saya dan Zizan sudah lama berkawan. Saya masih baru dalam industri hiburan. Zizan kuat mengusik, suka kacau dan kongsi foto kami.
“Kami tiada apa-apa pun. Saya anggap Zizan macam abang. Dia ‘senior’ saya dalam industri seni. Malah, saya pernah temubual Zizan.
“Apa yang membuatkan kami sering nampak bersama apabila menjayakan telefilem sempena Aidilfitri arahan Micheal Ang, baru-baru ini,” katanya kepada BH Online.
Mengenai telefilem itu, Hawa yang juga bekas penyampai Buletin Utama (BU) di TV3 berkata, dia melakonkan watak isteri kepada Zizan.
“Jadi, saya adalah ‘heroine’ dan Zizan jadi ‘hero’. Kami jadi suami dan isteri dalam telefilem itu. Cerita komedi romantik ini sangat menarik dan saya gembira dapat bekerja dengan Zizan.
“Ini lakonan pertama saya. Sebelum ini, saya hanya bertugas sebagai pembaca berita dan pengacara.
“Selepas menjadi pengacara program hiburan, Meletop, saya perlahan-lahan memasuki dunia hiburan dan bidang lakonan masih baharu buat saya,” katanya.
Hawa tidak kisah dengan usikan peminat, apatah lagi, dia lebih fokus kepada kerjaya berbanding mencari pasangan hidup.
“Saya tidak kisah pun diusik dengan Zizan. Saya anggap dia macam abang, jadi, saya tak rasa apa-apa dengan usikan itu.
“Keluarga saya tahu saya macam mana, jadi mereka tidak cakap apa-apa,” katanya yang mahu memberi tumpuan dalam meningkatkan kemahiran sebagai pengacara dan pelakon. BH
Kisah Zizan dan Hawa
Baca Artikel Menarik:
- Gelombang Abah lebih besar dari Reformasi PKR – Takiyuddin
- Hadi langgar larangan kuliah di masjid
- Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
- Syarikat, individu terlibat dalam perbicaraan Muhyiddin
- Ustaz Zainul Asri minta maaf
- 1MDB, Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
- Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin – Peja
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar
- Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Hamzah sibuk hal UMNO
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]