Lori 10 tan rempuh 6 kenderaan termasuk alza sehingga remuk

 

Keadaan sebuah MPV jenis Perodua Alza remuk selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 8, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang hari ini

GUA MUSANG – Sebanyak enam buah kenderaan mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori 10 tan dalam nahas di Kilometer 8, Jalan Gua Musang – Kuala Krai di sini hari ini.

Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu terdiri daripada lori jenis Hino, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, MPV Nissan Grand Livina, kereta Proton Saga dan tiga buah Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang sewaktu enam buah kenderaan itu terperangkap dalam aliran trafik yang bergerak perlahan.



Katanya, kemalangan berlaku apabila lori itu gagal berhenti sebelum hilang kawalan lalu merempuh kenderaan yang sedang menghala dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

“Siasatan mendapati, pemandu lori berusia 31 tahun itu telah membrek, namun kenderaannya menggelongsor sejauh 117 meter dan terus melanggar bahagian belakang MPV Perodua Alza.

“Lori berkenaan kemudian terus terbabas dan melanggar bahagian hadapan Nissan Grand Livina dan belakang tiga buah kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keadaan lori yang merempuh enam buah kenderaan di Kilometer 8, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang.

Choon Foo berkata, kejadian itu telah mengakibatkan tujuh kenderaan rosak dan dua mangsa cedera ringan pada bahagian kepala dan tangan.



Katanya, lori itu tidak membawa sebarang muatan semasa kejadian dan sedang dalam perjalanan ke ladang sawit di Felda Aring 8 di sini.

“Kemalangan itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah bergerak perlahan selama 45 minit kira-kira sejauh 1 kilometer

“Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Gua Musang. Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori itu negatif dadah,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa kemalangan, Muhammad Saifullah Mohd. Shahuli, 29, berkata, dia bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke kampung di Kok Lanas.



Katanya, dia bersyukur anak dan isterinya terselamat dalam kemalangan terbabit.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kami semua terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian ini sangat mengejutkan apabila lori secara tiba-tiba merempuh kereta kami dari arah belakang. Keadaan itu menyebabkan kereta saya melanggar kereta lain di hadapan,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)



Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker