Tempeleng maut buat Azmin

Tempeleng maut buat Azmin

Keputusan Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari menyokong Menteri Besar Selangor Amirudin Shari disifatkan sebagai “tempeleng maut” buat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata Rashid melakukan “kamikaze” (serangan bunuh diri) dengan membuktikan dia tidak takut pada pindaan perlembagaan parti itu.



“Jika benar ada lima lagi Adun akan ikut jejak Rashi bermakna Azmin Ali tidak solid di Selangor. Dia bukan poster boy Bersatu di Selangor.

“Rashid melakukan kamikaze kerana Bersatu baru pinda perlembagaan parti.

“Dia tidak takut pada pindaan. Dia lebih takut kapal Bersatu yang akan karam,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Semalam Abdul Rashid menyatakan sokongan kepada kepimpinan Amirudin.



Katanya, keputusan itu dibuat setelah dia meneliti ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan negeri.

Dia juga mendakwa Perikatan Nasional (PN) Selangor berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada raja-raja Melayu.

Bersatu pada 2 Mac lalu meminda perlembagaan parti dalam usaha menghalang wakil rakyatnya berpaling tadah.

Sementara itu, Mohd Puad berkata, Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti jika pindaan itu tidak terpakai.



“Bersatu akan berhadapan dengan krisis perlembagaan parti jika pindaan itu tidak terpakai sebelum diluluskan oleh ROS.

“Azmin kata, rakyat penat tengok gelagat MP dan Adun Bersatu alih sokongan.

“Dia lupa, dia pernah buat rakyat penat dengan ‘Langkah Sheraton’ dan kini ‘Langkah Dubai’,” katanya lagi. Mk

Tempeleng maut buat Azmin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys



Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker