Bayar cukai kaburi kerja haram

 

Gambar Hiasan

PETALING JAYA: Aktiviti pengedaran dadah didalangi raja dadah yang berselindung di sebalik status orang kenamaan (VIP) sukar dikesan pihak berkuasa apabila ada antara syarikat yang dibuka mereka membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun.

Dalam kalangan kingpin itu, ada yang telah membuka perniagaan besar melibatkan bidang kejuruteraan dan pembaikian, perhotelan; pengangkutan serta perkapalan sedangkan sindiket tersebut sebenar­nya menjana keuntu­ngan berjuta ringgit setiap bulan hasil pengedaran dadah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Hussain berkata, bayaran kepada LHDN sebenarnya sebahagian kecil sahaja berbanding pendapatan hasil daripada aktiviti menjual dadah yang dikumpul setiap bulan.



“Seperti yang kita tahan di Johor minggu lalu, Datuk tersebut ada syarikat sehingga memiliki 20 buah lori, macam-macam perniagaan ‘halal’ berdaftar bawahnya.

“Strategi raja dadah itu sekali gus menyukarkan polis me­ngaitkan penglibatan mereka dengan jenayah itu mengikut undang-undang,” kata beliau ketika ditemui di Bukit Aman, baru-baru ini.

Cadangan Calon UMNO PRU-15 Bawah Umur 65 Tahun, Panglima Kanan Zahid Sedia Berehat



Razarudin berkata, jika tidak disekat kegiatan itu, tidak mustahil kingpin terlibat akan me­nguasai agensi penguat kuasa satu hari nanti.

Mengulas lanjut, Razarudin memberitahu, kebanyakan kingpin tersebut mempu­nyai hubungan dengan negara pengeluar dadah di negara-negara Segi Tiga Emas.

Jelasnya, dengan kuasa itu, proses membawa masuk bekalan dadah untuk pasaran tempatan lebih mudah.

“Mereka tidak ragu-ragu ‘membayar’ mana-mana pegawai penguat kuasa bermula dari sempadan hingga ke dalam negara.



“Ini semua melibatkan integriti. Ada segelintir penguat kuasa tahu individu ini terlibat sindiket dadah namun hanya pejam mata,” katanya.

Pada 1 Mac lalu, Utusan Malaysia mendedahkan sebuah syarikat diterajui tiga individu terdiri seorang berpangkat Tan Sri dan dua Datuk bertindak sebagai kingpin dan mereka telah berada dalam radar Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak beberapa tahun lalu.

Mereka dikesan membuka syarikat secara sah namun di sebalik perniagaan yang dijalankan terdapat aktiviti haram iaitu pengedaran dadah.

Malah, salah seorang Datuk tersebut juga dipercayai mempunyai rekod jenayah dan pernah diambil tindakan pada 2010 kerana terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah.



DAP tetap guna bangsa Melayu demi kepentingan agenda parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker