DAP tetap guna bangsa Melayu demi kepentingan agenda parti



Sebaran :

Melayu tak akan mudah tertipu, sudah cukup bijak menilai

Rakyat kini sudah cukup bijak menilai agenda dan ‘siapa’ sebenarnya parti rasis dan cauvinis, DAP.

Penilaian rakyat bukan dengan kata-kata pimpinan DAP, tetapi melalui rentak politik yang dimainkan oleh parti tamak haloba itu sendiri, kata Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim.

Beliau berkata, ini terbukti apabila DAP tetap sedia menggunakan bangsa Melayu demi kepentingan agenda parti, selain membina hubungan kerjasama dengan mana-mana parti yang menguntungkannya.



“Melantik orang Melayu dalam barisan kepimpinan DAP, rakyat melihat ianya hanya sekadar pemimpin boneka bagi memudahkan laluan untuk membawa agenda DAP.

“Rakyat tidak akan mudah tertipu hanya kerana seorang dua pemimpin DAP adalah orang Melayu, atau pemimpin DAP memakai baju Melayu atau berbaju kurung,” katanya.

Ustaz Zamani berkata, rakyat kini sedang melihat bahawa parti dominan dalam Pakatan Harapan (PH) itu sebenarnya sangat takut untuk bercakap mengenai isu memperkasakan identiti nasional.



Sebaliknya, parti itu lebih berani bercakap mengenai isu hak penceroboh tanah yang telah menceroboh beribu-ribu ekar tanah yang dijadikan ladang durian.

“Ini kerana DAP dengan agenda kecinaannya sudah sebati dan tidak akan berubah,” katanya.


Sebaran :


Leave a Reply