Semua pelakon video iklan judi cari ‘duit raya’ telah ditangkap, akan direman hari ini


KESEMUA pelakon dalam video iklan mencari ‘duit raya’ dengan berjudi secara dalam talian yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini telah ditangkap polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kesemua pelakon dalam video itu ditahan di sekitar ibu negara hari ini tanpa mendedahkan secara terperinci waktu penahanan mereka.

Memetik laporan MalaysiaGazette.com, polis menyatakan kesemua suspek akan direman esok untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap mereka.

“Semua pelakon dalam video promosi judi online itu sudah ditangkap polis.



“Pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah tangkap pelakon-pelakon ini (video judi online).

“Esok kita akan reman mereka,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita tersebut.

Mohamad Zainal menambah, mereka kini ditahan di lokap Dang Wangi.

Katanya, mengikut perancangan, Majistret Kuala Lumpur akan datang ke IPD Dang Wangi esok untuk meluluskan permohonan reman ke atas mereka bagi membolehkan polis meneruskan siasatan.



Petang tadi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis berkaitan video tular yang menimbulkan kemarahan orang ramai itu dibuat selepas dikesan dalam media sosial semalam.

“Polis telah memulakan siasatan terhadap video berdurasi 2 minit satu saat itu.

“Isi kandungan video ini mendapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Penerbit dan pelakon akan dikesan dan dipanggil untuk dirakam keterangan untuk disiasat lanjut,” katanya.



Menurutnya, susulan itu, siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon yang terbabit dalam video berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah judi terbuka.

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan.

“Orang ramai diingatkan suapaya tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” katanya. Utv



Video raya ajak berjudi: Polis cari penerbit, pelakon

Related Articles

One Comment

  1. apakah penyanyi iklan tidak ditahan?
    bagaimana dengan pemuzik yang membuat lagu iklan?

    mungkin pemuzik tidak tahu & tidak boleh dipersalahkan kerana selepas rakaman, lirik lagu & nyanyian hanya dibuat kemudian(tanpa pengetahuan pemuzik) oleh si penulis lirik & penyanyi yang menggalak & mengajak orang Islam berjudi…wajib serta adil pihak polis menahan si penulis lirik, si penyanyi & pemuziknya untuk disoal siasat bukan hanya pelakon & penerbit

    apakah syarikat judi berkenaan akan terlepas dari dikenakan sebarang tindakan akibat campur tangan lagi kartel dalam PDRM?

    sudah 2 kes aku anggap serius & melampau menghina Islam, ianya berlaku terang-terangan seperti telah dirancang ketika tiba bulan yang mulia bagi umat Islam…kepada menteri jaga agama, tolong jangan tidur! menteri jaga pendidikan kalau nak tidur lagi tak apalah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker