Biodata Dan Latar Belakang Haqiem Rusli

Biodata

Nama penuh: Ridzuan Haqiem bin Rusli

Nama pentas: Haqiem Rusli

Tarikh lahir: 16 Jun 1998

Umur: 21 tahun

Kelahiran: Selangor, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, komposer, penulis lirik dan pelakon

Media sosial: Instagram @haqiemrusli98_

Fakta Menarik

1. Anak kepada pasangan Rusli Abdul Manaf dan Nazrah Ahmad Nordin.

2. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.

3. Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor.

4. Di usia 10 tahun, beliau dinobatkan sebagai naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil siaran TV9 pada tahun 2008, sekaligus menjadi titik awal kemunculannya sebagai anak seni dalam dunia hiburan.

5. Menganggotai kumpulan The Beesings yang mula aktif pada tahun 2012. Empat lagi ahli asal lain ialah Azzam Sham, Fimie Don, Didi Astillah dan Aida Ross.

6. Pada tahun 2014, beliau bersaing dalam pertembungan semula bekas juara dan peserta pilihan Idola Kecil dari musim pertama hingga musim keenam menerusi pertandingan nyanyian terbaru dinamakan sebagai ‘Idola Kecil Ultra’ siaran TV9. Namun Haqiem gagal menempatkan diri di peringkat akhir.

7. Pada penghujung tahun sama, beliau bertanding dalam rancangan realiti nyanyian, Pop Krew siaran TV9 menerusi kumpulan Novemboys (anak didik kepada sifu Tomok). Nasib menyebelahinya apabila kumpulan itu diangkat sebagai juara.

8. Penyertaan Haqiem dalam program realiti nyanyian, Mentor Milenia 2016 siaran TV3 di bawah naungan mentor Black bagaimanapun tidak membuahkan hasil apabila tidak dipilih sebagai protege penyanyi itu dalam persembahan penentuan.

9. Begitupun, kehadirannya sebagai artis rakaman FMC Music (Fantasia Music City) pada tahun 2016 dengan memperjuangkan muzik bergenre Pop, Balada dan R&B diterima baik peminat muzik tempatan susulan kejayaan single demi single yang dihasilkan.

10. Antara lagu-lagu hits beliau seperti Segalanya, Tergantung Sepi, Jatuh Bangun, Sayang dan Selamat Tinggal Sayang.

11. Beliau turut bertanggungjawab mencipta lagu-lagu popular penyanyi lain seperti Pesan dendangan Irfan Haris, Tersiksa (Putera Band), Aku Sendiri (Sufi Rashid), Aku Yang Bersalah (Usop) dan banyak lagi.

12. Sebagai pelakon, Haqiem pernah membintangi telefilem Roket Kertas dan Tergantung Rindu.

13. Kerjayanya sebagai anak seni mendapat sokongan padu kelab peminat yang digelarkan sebagai Qiemilio.

14. Antara pencapaian terbesar diraihnya ialah memenangi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) serta trofi kategori “Lagu Paling Popular APM2018” di Anugerah Planet Muzik 2018 (APM2018), kedua-duanya menerusi lagu Tergantung Sepi.

Foto

 

 

 

 

Video

 

Haqiem Rusli beli kereta mewah lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker