Surat Maryam kepada Uncle Anwar

Surat Maryam kepada Uncle Anwar

Seorang murid darjah tiga menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadu keadaan tandas di sekolahnya yang didakwa tidak berfungsi dengan baik untuk kegunaan mereka.

Murid perempuan dikenali sebagai Maryam dari Kelas 3A itu membahasakan Perdana Menteri sebagai ‘Uncle’ Anwar meminta beliau datang ke sekolahnya bagi melihat sendiri keadaan tandas di situ.



“Nama saya Maryam dan saya berumur sembilan tahun. Saya nak beritahu mengenai tandas sekolah saya. Sepertimana saya hargai sumbangan (Perdana Menteri) dalam memastikan tandas sekolah bersih, saya tidak rasa tandas di sekolah saya bersih.

“Hanya dua tandas di sekolah saya mempunyai mangkuk tandas. Di tingkat paling atas di sekolah iaitu di mana kelas saya berada, tandas terletak di sebelah kiri kelas,” tulisnya pada surat tersebut yang dimuat naik Anwar di media sosial hari ini.

Maryam memaklumkan, tandas pertama ialah tandas cangkung dan di tepinya terdapat lubang yang sepertinya labah-labah boleh merangkak keluar bila-bila masa.

“Baki tandas yang lain juga sama. Jadi tolong lawat sekolah saya dan lihat tandas tersebut. Tolong lihat nota di bahagian belakang,” tulisnya lagi.



Pada muka surat seterusnya, Maryam memberitahu dia melihat banyak gambar-gambar selepas kerja ubah suai tandas sekolah yang cantik.

“Bagaimanapun, tandas sekolah saya tidak seperti itu. Untuk pengetahuan, hanya dua tandas yang ada mangkuk tandas. Jadi tolong bawakan banyak mangkuk tandas di sekolah saya.

“Akhir sekali apa yang saya nak maklumkan ialah siling di dalam tandas. Pada masa ini, dua jubin siling telah hilang. Terima kasih ‘Uncle’ Anwar,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau memberi jaminan masalah itu akan diselesaikan segera.



“Terima kasih Maryam. Saya akan berusaha dengan lebih teliti dan percepat selesaikan masalah ini demi kesejahteraan anak-anak di sekolah,” ujarnya. K Online

Surat Maryam kepada Uncle Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker