Intai isteri jiran, kesedapan lelaki gatal akhirnya berakhir

BAYAN LEPAS: Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai sering mengintai jirannya mandi dekat Kampung Seronok di sini, terbongkar selepas ditahan polis, pagi semalam.

Tindakan itu disedari mangsa pada jam 8 pagi selepas menerima video yang dirakam anak jirannya, menunjukkan suspek sedang mengintai dari bahagian belakang bilik mandi wanita berkenaan.

Berdasarkan video terbabit, suspek yang juga warga tempatan itu didakwa berdiri di atas kerusi bagi mengintai mangsa.



Mangsa yang terkejut dengan video yang diterima menerusi aplikasi WhatsApps itu kemudian memaklumkan kejadian terbabit kepada suaminya sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan sejurus pihak polis menerima laporan daripada mangsa.

“Hasil soal siasat mendapati suspek sudah beberapa kali mengintai mangsa sebelum ini.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 6 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi laman Facebook di sini, hari ini.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker