Warga Emas dalam kelaparan dakwa ditinggal di tepi jalan selepas dipukul

Seorang lelaki ditemui duduk bersendirian di tepi jalan di Kampung Sompo, Lenggeng di sini pada Isnin dan dipercayai ditinggalkan seseorang di kawasan terbabit.

Seorang kakitangan Klinik Kesihatan Lenggeng, V Yogeswaran, 30, yang berada di lokasi berkata, lelaki yang dianggarkan berusia 50-an itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan kelaparan kira-kira jam 3 petang.

“Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah ke Taman Asoka, Mantin saya nampak ada polis dan penduduk berkumpul di tepi jalan itu dan apabila saya dekati, rupa-rupanya mereka sedang cuba membantu lelaki terbabit.

“Saya cuba tanya nama dan umurnya, tapi dia cakap tak pasti. Dia mendakwa ada orang yang ‘buangnya’ di situ selepas dihantar dengan van berwarna putih,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, tiada pengenalan diri ditemui bersama lelaki berkenaan dan sebagai tindakan, Klinik Kesihatan Lenggeng telah menghantarnya ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, beliau juga telah menghubungi Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Lee Koon mengesahkan telah menerima kes lelaki terbabit dan mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengesan pengenalan diri termasuk warisnya.

Angkara rendang ayam, warga emas dipukul suami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker