Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

KUALA LUMPUR: Nur Fazura menafikan dakwaan netizen yang memetik namanya sebagai selebriti yang berhibur di sebuah kelab malam di Jakarta, Indonesia, tanpa bertudung, sebaliknya, mengenakan ‘hoodie’, seperti tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Terkejut dengan dakwaan itu, Fazura atau nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddin, 40, menyifatkan tuduhan berlibur di kelab malam itu amat berat dan cubaan memburukkan namanya.

“Sebenarnya, saya tidak mahu komen hal ini, tetapi, agak terkejut kerana saya fikir benda ini sudah habis. Bertahun-tahun saya terpaksa berdepan tuduhan seperti ini.



“Saya manusia biasa dan tidak pernah pun keluarkan kenyataan sayalah ‘terpaling’ solehah, saya mengaji dan solat setiap hari.

“Saya sedang berusaha ke arah kebaikan dan sentiasa mahu kekal istiqamah,” katanya pada sidang media acara Ngopi Bersama Fazura di sebuah hotel di sini, hari ini.

Isteri kepada aktor Fattah Amin ini bagaimanapun tidak menafikan ada kala dia berhibur untuk meredakan tekanan kerja, namun, masih ada batasan.

“Kadang-kadang saya pergi pusat karaoke dan makan bersama rakan-rakan. Banyak restoran sekarang yang gelap dan pasang muzik.



“Mungkin keadaan itu menyebabkan ada yang serkap jarang dan menuduh saya pergi ‘clubbing.

“Walaupun saya berhibur, namun, saya tetap ingat Allah. Tidak semestinya berhibur sampai lupa diri… Saya tahu batas saya,” katanya.

Bintang filem Dendam Pontianak ini mengaku selesa menjadi diri sendiri dan enggan hipokrit.

“Saya mahu jadi diri sendiri. Peminat pun tahu siapa diri saya… Saya tahu jaga batas. Saya tak kacau orang. Saya tidak pernah jatuhkan orang lain demi menaikkan diri sendiri.



“Doakan saya jadi muslimah yang baik. Jangan nanti daripada bertutup litup, kemudian keesokan hari, buka pula,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker