Remaja perempuan hilang disyaki mangsa rogol bapa tiri

JASIN: Polis mengesahkan bahawa bapa tiri dan ibu kandung kepada seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sini, baru-baru ini ditahan reman bagi membantu siasatan kes rogol di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun sama.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, penahanan dibuat selepas pihaknya menerima satu laporan kes rogol melibatkan remaja berkenaan pada Khamis lalu.

Beliau berkata, suspek yang juga bapa tiri mangsa berusia 36 tahun bersama ibu kandungnya berumur 40 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 di Sepang, Selangor kira-kira pukul 9.30 malam, semalam dan direman selama tujuh hari sehingga 15 April ini.

Ujarnya, perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Melaka, Siti Nur Ain Ariffin.

“Mangsa berumur 16 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak 2020. Polis turut menahan ibu kandungnya selepas soal siasat mendapati, wanita berkenaan mengetahui tentang kejadian berkenaan.

“Kedua-dua suspek ditahan di KLIA 2 semalam sejurus tiba dari Sabah. Permohonan reman suspek telah diperoleh mulai 9 hingga 15 April untuk membantu siasatan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 18 Mac lalu ditemukan selamat di Kampar, Perak, Rabu lalu.

Remaja itu ditemui kira-kira pukul 3.30 petang di pangsapuri rakan lelakinya berusia 20-an yang berasal dari Kulim, Kedah.

Kisah remaja itu tular selepas ibunya menguar-uarkan kisah kehilangan anak sulungnya itu yang dilaporkan hilang dari rumah.

Wanita itu turut mendakwa, empat pengamal perubatan alternatif memaklumkan kepadanya, remaja berkenaan disyaki dilarikan lelaki warga asing berusia 20-an dan sedang berada di Johor

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu

PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker