Mangsa culik terakhir Abu Sayyaf di Sabah diselamatkan

 

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Filipina menyelamatkan seorang lagi tahanan kumpulan Abu Sayyaf yang diculik di perairan Tambisan, di Lahad Datu, tahun lalu.

Mangsa yang berusia 15 tahun itu antara lima nelayan Indonesia yang diculik dan merupakan mangsa terakhir diselamatkan pihak berkuasa.

Sumber berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Khairuldin berjaya diselamatkan di Pulau Kalupag, Languyan, Tawi-Tawi pada 6.30 pagi tadi.

Ia dilakukan tiga hari selepas tiga lagi tebusan Arizal Kasta Miran, 30, Arsad Dahlan, 41, dan Andi Riswanto Hayano, 26, diselamatkan.

Ketiga-tiga mangsa culik terbabit diselamatkan di perairan Tawi-Tawi ketika bot yang digunakan oleh tawanan mereka terbalik di laut bergelora.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Mohd Khairuldin adalah mangsa terakhir dalam insiden kes culik di perairan Tambisan, Lahad Datu,” katanya.

Militan penggal kepala rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Filipina

Terdahulu, Bernama sebagai memetik kenyataan Kementerian Luar Indonesia, melaporkan ketiga-tiga mangsa culik itu dikatakan sihat dan dalam proses untuk dihantar pulang ke Indonesia.

Dalam pada itu, perancang utama kegiatan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di pantai timur Sabah dikenali sebagai Apo Mike, dilaporkan ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina di negara itu, kelmarin.

Apo Mike atau nama sebenarnya Majan Sahidjuan adalah sub komander Abu Sayyaf.

Dia merupakan antara 21 senarai penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSSOM) kerana aktif melakukan jenayah termasuk penculikan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Pada 16 Jan tahun lalu, lima nelayan warga Indonesia yang bekerja dengan majikan Malaysia yang diculik oleh kumpulan militan itu ketika berada di perairan Tambisan, Sabah.

Seorang daripada mangsa culik berkenaan, La Baa, 32, ditemukan mati dibunuh pada 28 Sept 2020 di Patikul, Sulu, Filipina.

Suspek dikehendaki kes culik ‘Datuk Seri’ serah diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker