Suspek dikehendaki kes culik ‘Datuk Seri’ serah diri

Seorang suspek yang dikehendaki dalam siasatan kes culik dan kematian seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” menyerah diri semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata Vikneswarar Nagentiran serah diri di Balai Polis Rawang dan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Reman sudah dipohon pada pagi tadi dan mahkamah membenarkan reman selama 7 hari bermula 30 Jun sehingga 6 Julai,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Termasuk Vikneswarar, polis setakat ini sudah menahan 9 individu untuk siasatan selepas penemuan mayat ahli perniagaan itu di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya baru-baru ini.



Mayat itu ditemui selepas penangkapan beberapa orang suspek ketika polis sedang menyelesaikan kes penculikannya.

Pihak berkuasa sehingga kini belum menamakan mangsa, 55, yang terlibat dalam perniagaan hartanah. Dia dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan sebuah taman permainan di Bandar Sri Damansara pada 10.30 pagi 10 Jun.

Berdasarkan keadaan mayat, mangsa, yang dikatakan terlibat dalam perniagaan hartanah, dipercayai meninggal dunia 3 atau 4 hari sebelum ditemukan.

Punca sebenar kematian masih dalam siasatan.



Sementara itu, Fadzil memaklumkan penahanan reman seorang suspek yang remannya tamat hari ini disambung untuk 7 hari lagi.

Sebelum ini, siasatan awal polis mendapati seorang daripada suspek menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan S$50 juta, namun tiada bayaran dibuat.

Polis percaya mangsa mengenali dalang kes ini.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker