Tokoh Syiah India Waseem Rizvi Cetus Kontroversi, Minta 26 Ayat Al-Quran Dibuang


Waseem Rizvi, seorang pemimpin Muslim yang juga mantan ketua Lembaga Wakaf Syiah Uttar Pradesh, India, mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam di negara itu setelah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Agung India untuk menghapuskan 26 ayat dari Al-Quran. Dia menuduh ayat-ayat itu mengajar keganasan.

Dia mengatakan bahawa 26 ayat itu bukanlah datang daripada kitab suci Al-Quran, tetapi dimasukkan sendiri ke dalam Al-Quran oleh tiga tokoh khalifah Islam yang pertama. “Ayat-ayat ini ditambahkan ke dalam Al-Quran, oleh tiga khalifah pertama, untuk membantu mengembangkan Islam melalui perang,” katanya.

“Setelah [Nabi] Muhammad, khalifah pertama Abu Bakar, khalifah kedua Umar dan yang ketiga, iaitu Usman, mengeluarkan Al-Quran sebagai sebuah buku,” jelasnya.

Untuk rekod, Rizvi yang berumur 50 tahun memang tidak asing dengan kontroversi. Dia sebelum ini telah menjadi tajuk berita mengenai isu-isu seperti perceraian tiga kali, pertikaian agama dan kes rasuah.

Walaupun Rizvi sering mengambil peluang untuk mencetuskan kontroversi sesuai dengan parti yang disertai olehnya iaitu Parti Bharatiya Janata (BJP) – parti pemerintah India – namun beberapa pemimpin dari parti itu, termasuk Menteri Kesatuan Syed Shahnawaz Hussain telah mengecam tindakan terbaharunya.

“Saya sangat membantah dan mengecam petisyen Waseem Rizvi yang meminta menghapuskan 26 ayat dari al-Quran. Saya berpendapat bahawa menyatakan perkara-perkara yang tidak masuk akal mengenai teks agama, termasuk al-Quran, adalah tindakan yang sangat serius. Terkutuk,” kata Hussain seperti dipetik oleh Indian Express.

Untuk rekod, Rizvi adalah mantan ketua Lembaga Wakaf Syiah Uttar Pradesh, jawatan yang dipegangnya selama lebih dari satu dekad. Dia menuduh bahawa 26 ayat tersebut “mempromosikan keganasan”, dan bukan ayat asli dari Al-Quran.

Komuniti Syiah dan Sunni telah bersatu untuk mengecam tindakan Rizvi, dengan menyatakan bahawa petisyennya hanyalah aksi publisiti dan usaha untuk menambah sentimen agama.

Setelah petisyennya dimulakan di Mahkamah Agung pada 11 Mac lalu, protes terhadap Rizvi telah berlaku di beberapa kota, dan aduan polis – termasuk oleh pemimpin BJP di Jammu dan Kashmir, dan satu di Bareilly di Uttar Pradesh – telah dibuat keatasnya.

Manakala seorang peguam yang berpusat di Moradabad telah ditahan oleh pihak polis selepas terdapat laporan bahawa dia mengumumkan hadiah berjumlah Rs 11 lakh atau sekitar RM50,000 untuk “memenggal kepala” Rizvi.

Pusat Syiah di Selangor bertambah, kata majlis agama Islam

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker