Jemaah boleh ikut kapasiti masjid, surau WP mulai hari ini



Sebaran :

 

KUALA LUMPUR: Bilangan jemaah bagi solat fardu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5m berkuat kuasa hari ini

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan baharu itu dibuat setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Bilangan jemaah bagi solat Jumaat turut diperluas ke semua ruang sesuai di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberi kebenaran khas untuk mendirikan solat Jumaat termasuk kawasan berkhemah dengan penjarakan fizikal 1.5m, katanya dalam kenyataan di sini.



Pada masa sama, beliau berkata masjid dan surau di kawasan Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenar mengadakan aktiviti pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan sebagainya dengan penjarakan fizikal 1.5m.

Sementara itu, beliau berkata bagi aktiviti pengimarahan Ramadan, solat sunat Tarawih dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter dan hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan bacaan surah-surah atau ayat-ayat pendek.

Penjarakan sosial diganti penjarakan fizikal, kata KKM

“Tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat sunat Tarawih. Tadarus al-Quran boleh dilaksanakan dengan jumlah peserta separuh atau 50% daripada kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5m.



“Qiamullail boleh dilaksanakan 30 minit sebelum waktu imsak. Pembayaran zakat fitrah secara manual atau pembayaran terus kepada amil dibenarkan di samping pembayaran secara dalam talian atau kaedah yang ditetapkan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),” katanya.

Selain itu, Mohd Ajib berkata Jamuan berbuka puasa atau iftar tidak dibenarkan tetapi Jawatankuasa Kariah digalakkan memberi sumbangan berbuka puasa kepada golongan memerlukan dan barisan hadapan secara berbungkus serta dihantar terus kepada penerima.

Beliau berkata moreh (jamuan di masjid atau surau dalam bulan puasa) tidak dibenarkan tetapi Jawatankuasa Kariah boleh menyediakan makanan secara berbungkus selepas solat Tarawih untuk dibawa pulang oleh jemaah.



Mohd Ajib berkata semua ketetapan terbaharu itu adalah tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan serta prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ekonomi akan terus dibuka, namun kawalan pergerakan masih perlu – PM


Sebaran :


Leave a Reply