BN tubuh pasukan khas jadi semak dan imbang kerajaan — MYKMU.NET

BN tubuh pasukan khas jadi semak dan imbang kerajaan



Sebaran :

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) bersetuju menubuhkan pasukan khas yang berperanan sebagai semak dan imbang terhadap perkhidmatan disediakan kerajaan.

Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Abd Aziz berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat 3 Mac lalu.

“Beberapa pasukan khas dipersetujui untuk ditubuhkan dengan dianggotai pakar, ahli akademik dan tokoh masyarakat,” katanya dalam kenyataan.



Pasukan khas itu dibahagikan kepada lima portfolio, iaitu pendidikan, ekonomi, demokrasi dan perundangan, perpaduan nasional serta undi automatik 18 tahun.

Ahli Parlimen Padang Terap dan Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid mengetuai pasukan khas mengenai pendidikan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Johari Abdul Ghani (ekonomi), Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said (demokrasi dan perundangan), Tuan Mosinal @ Richard Kastum daripada PBRS (perpaduan nasional) dan bekas ketua Pemuda MIC, Sivarraajh Chandran (undi automatik 18 tahun).


Sebaran :


Leave a Reply