Jangan layan pendapat peribadi tak disokong BN, Zahid beritahu rakan gabungan

Ahli MKT Umno Lokman Adam baru-baru ini melabel MIC dan MCA sebagai ‘biawak hidup’ dan mencetuskan reaksi kurang senang pemimpin parti terbabit.

Jangan layan pendapat peribadi tak disokong BN, Zahid beritahu rakan gabungan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi meminta rakan komponennya tidak “melayani” sebarang kenyataan sensasi dikeluarkan individu dalam gabungan itu.

Presiden Umno itu tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin namun dipercayai berkait kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Adam baru-baru ini kerana melabel MIC dan MCA sebagai “biawak hidup”.



“Tentunya dalam situasi genting seperti ini tak perlu ada isu yang dibangkitkan kerana kenyataan dikeluarkan oleh pelbagai pemimpin dari pelbagai parti tentunya tidak dialu-alukan.

“Kenyataan yang tidak ‘diendorse’ oleh pemimpin utama, parti tidak ‘endorse’ kepada pendapat peribadi sebegitu,” katanya pada sidang media perasmian 23rd Federal Bureau of Investigation (FBI) National Academy Association (FBINAA) Asia Pacific Retaining.

“Jangan layan pendapat peribadi individu dan itu akan dipersepsikan kita tidak berada di tahap kebersamaan,” kata Zahid.

Semalam, Pemuda MCA mencadangkan parti itu tidak bertanding pada PRN dan tidak membantu calon BN yang sombong selepas “berkawan” dengan DAP.



Kenyataan itu menyusul selepas Ketua Penerangan MIC, Thinalan Rajagopalu membidas Lokman, dengan meminta beliau mencadangkan kepada Zahid supaya mengeluarkan parti itu daripada gabungan berkenaan, jika menjadi beban.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Jangan layan pendapat peribadi tak disokong BN, Zahid beritahu rakan gabungan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker