Usahawan hartanah bantu tertuduh wanita curi Milo
Usahawan hartanah bantu tertuduh wanita curi Milo
MARANG – Nasib suri rumah dijatuhi hukuman penjara 14 bulan kerana mencuri dua paket minuman malt jenama Milo di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa lalu mendapat simpati usahawan hartanah terkenal, Muhammad Azlan Al-Amin.
Beliau mengambil inisiatif mendapatkan khidmat guaman buat Suhaini Mohd., 43, yang kini ditempatkan di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan bagi mendapatkan permohonan penangguhan hukuman.
Peguamnya, Datuk Naran Singh berkata, permohonan penangguhan hukuman dan jaminan tersebut telah dikemukakan secara online kepada Mahkamah Marang di sini hari ini.
“Kami (Muhammad Azlan dan beliau) bersepakat untuk membantu tertuduh (Suhaini) atas dasar kemanusiaan.
“Tidak kisah lah dia mempunyai rekod jenayah lampau dan penagih dadah, tertuduh tetap seorang ibu kepada empat anak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Naran berkata, anak-anak Suhaini amat memerlukan kasih sayang wanita apatah lagi sambutan Aidiladha bakal tiba hujung minggu ini.
Rabu lalu dilaporkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda memerintahkan Suhaini dihukum penjara 14 bulan atas kesalahan mencuri minuman malt jenama Milo di sebuah pasar raya di sini pada 6 Jun lalu.
Sebelum ini suri rumah yang juga penagih dadah mempunyai tiga rekod jenayah juga mencuri barangan pasar raya pada tahun 2019 dan 2021. –K Online
Usahawan hartanah bantu tertuduh wanita curi Milo
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar