Syarikat China arah pekerja makan telur mentah sebagai hukuman tidak capai sasaran

BEIJING – Sebuah syarikat di China mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan memaksa kakitangannya makan telur mentah sebagai hukuman atas kegagalan memenuhi sasaran yang ditetapkan, lapor laman berita Oddity Central semalam

Perkara itu didedahkan seorang pelajar yang menjalani latihan industri di sebuah syarikat teknologi yang beroperasi di bandar Zhengzhou.

Menurut pelajar  dikenali sebagai Du itu, syarikat berkenaan mempunyai peraturan aneh di mana setiap pekerja dipaksa menelan telur mentah sekiranya tidak menerima tempahan dalam satu tempoh masa tertentu atau gagal memenuhi sasaran pengurusan.



Tambah Du, latihan industri yang dijalaninya turut ditamatkan selepas dia enggan mematuhi peraturan tersebut. Pihak pengurusan juga didakwa menyuruh dia menulis ‘sebab peribadi’ sebagai alasan menamatkan latihan.

Pendedahan Du itu mencetuskan kemarahan netizen yang disusuli sebuah rakaman video yang menunjukkan pekerja syarikat terbabit kelihatan loya selepas cuba menelan telur mentah.

Orang ramai menggelar amalan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan serta memberi amaran bahawa tindakan memakan telur mentah adalah berbahaya. Mereka juga meminta  Syarikat terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, seorang wakil syarikat  berkenaan berkata, hukuman memakan telur mentah telah digariskan dalam buku panduan bekerja, justeru,  semua kakitangan perlu mematuhinya.



Ketika Du menyoal mengenai kesahihan  peraturan tersebut dari segi undang-undang, seorang pengurus sumber manusia menjawab dengan menyoal: “Undang-undang apa yang menghalang anda daripada makan telur mentah?”

Pegawai pemeriksaan buruh daerah Jinshui dilaporkan sedang menyiasat kes itu, namun pakar-pakar perundangan berkata, mereka memerlukan testimoni selain daripada Du kerana dia merupakan pelajar yang menjalani latihan industri, dan bukannya pekerja syarikat.

Ini bermaksud, tindakan ke atasnya tidak tertakluk di bawah undang-undang buruh. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib



Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker