Kisah bagaimana hawa nafsu boleh ditundukkan

Kisah bagaimana hawa nafsu boleh ditundukkan

Nafsu akan menjadi kenyang apabila perut lapar. Nafsu akan menjadi lapar apabila perut menjadi kenyang.

Dalam mengawal api nyalaan nafsu yang berkobar-kobar, puasa adalah salah satu kaedah yang paling efektif, sesuai dengan pesan Baginda s.a.w.

“Wahai para pemuda, sesiapa yang berkemampuan di kalangan kamu untuk berkahwin, maka berkahwinlah. Ini kerana perkahwinan boleh menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang tidak berkemampuan maka hendaklah dia berpuasa kerana ia adalah perisai.” – HR Bukhari

An-Nawawi mentafsirkan perisai dalam hadis tersebut sebagai, puasa itu memotong syahwat dan memotong kejahatan air mani.

Dalam hal ini timbul persoalan, mengapa perut yang kosong mampu menjadi senjata yang paling ampuh dalam menundukkan hawa nafsu, sedangkan nafsu itu letaknya di dalam hati dan bukan di dalam perut.

Menjawab persoalan ini, Syaikh Usman b. Hassan as-Syakir dalam kitabnya Durratun Nasihin ada menceritakan kisah yang berlaku kepada nafsu sewaktu ia diciptakan. Ketika itu sebelum Allah S.W.T. menciptakan manusia, Dia terlebih dahulu menciptakan akal dan nafsu.

Saat Allah menciptakan akal, Allah telah mengajukan pertanyaan kepada akal, “Wahai akal, siapakah kamu dan siapakah Aku?” Dengan rendah hati, Akal menjawab “Aku hamba Mu dan Engkau adalah tuhanku.”

Kemudian setelah Allah menciptakan nafsu, Dia bertanya pula kepada nafsu, “Wahai nafsu siapakah kamu dan siapakah Aku?” dengan sombong nafsu menjawab, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Mendengar jawapan dari nafsu, lantas Allah menjadi murka dan mencampakkan nafsu ke dalam neraka panas selama seribu tahun. Setelah itu nafsu ditanya lagi dengan soalan yang sama. Sekali lagi nafsu menjawab dengan jawapan yang sama.

Lantas Allah mencampakkan pula nafsu dalam neraka yang begitu dingin sekali selama seribu tahun juga. Setelah cukup hukuman, sekali lagi nafsu ditanya namun tetap juga sama jawapannya.

Dan untuk kali yang ketiga, Allah mencampakkan pula nafsu dalam neraka lapar selama seribu tahun lagi. Selepas itu sekali lagi nafsu ditanya “Siapa kamu dan siapa Aku?”

Dengan cemas nafsu menjawab “Aku hamba Mu dan Engkau tuhanku” dari kisah ini tahulah bahawa cara untuk menundukkan hawa nafsu yang sedang menyala-nyala adalah dengan melaparkan perut iaitu berpuasa.

Laluan Syaitan

Sementara itu menurut Dr. A. Irwan Santeri, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) aliran darah dalam tubuh merupakan laluan syaitan menguasai manusia. Justeru itu dengan berpuasa ia dapat mengawal larian syaitan kerana tidak berlaku proses pemakanan dalam perut yang mampu mengaktifkan sifat syaitan.

Bahkan menjadi amalan para sufi, mereka mengurangkan makan terutama makanan yang berdarah dan yang mengandungi unsur syubhah. Makanan-makanan seperti inilah yang akan menggalakkan nafsu untuk terus bergelora dalam jiwa.

Menjaga pemakanan dengan makan makanan yang halal mampu mengekang tingkah laku, menjaga hati dan menjadikan diri sentiasa tawaduk kepada Allah. Sabda Baginda s.a.w.

“Ketahuilah sesungguhnya dalam jasad terdapat segumpal daging. Apabila dia baik maka jasad tersebut akan menjadi baik. Dan sebaliknya apabila dia buruk maka jasad tersebut akan menjadi buruk. Ketahuilah juga bahawa segumpal daging itu adalah kalbu.” – HR Bukhari

Kisah bagaimana hawa nafsu boleh ditundukkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker