2 lagi penunjuk perasaan di Myanmar mati ditembak di kepala

Suasana makin tegang, operasi kilang dan bank di Yangon ditutup

 Dua lagi penunjuk perasaan anti-kudeta di Myanmar ditembak mati hari ini, ketika protes besar-besaran di seluruh negara diadakan sebagai usaha melumpuhkan ekonomi susulan serangan dan penangkapan, baru-baru ini.

Menurut Chanel News Asia (CNA), operasi premis kedai, kilang dan bank di bandar utama Yangon ditutup.

Menerusi foto disiarkan di Facebook menunjukkan dua mayat lelaki dalam keadaan terbaring di jalan bandar Myitkyina. 

Saksi berkata, mangsa didakwa mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan ketika polis melepaskan bom tangan dan gas pemedih mata. 



Beberapa individu kemudian terkena serangan tembakan dari bangunan berhampiran. 

Empat suspek penyamun ditembak mati

Saksi yang tidak dinamakan itu mendakwa, dia membantu mengalih mayat, di mana dua mangsa ditembak di kepala dan mati di tempat kejadian, sementara tiga lagi cedera. 



“Betapa tiada berperikemanusiaan apabila orang awam yang tidak bersenjata dibunuh. Kita ada hak mengadakan protes secara aman,” kata saksi berusia 20 tahun. 

Minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih 50 penunjuk perasaan maut akibat serangan polis dan tentera Myanmar, yang didakwa bagi meleraikan kumpulan tunjuk perasaan.

Sejak insiden rampasan kuasa pada 1 Februari, rakyat mula berdemontrasi menentang tindakan tentera di Yangon, Mandalay dan beberapa bandar lain di negara itu. –  Agensi

Polis sahkan ‘Datuk’ nak bantah kes 4 lelaki mati ditembak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker