Lelaki penggal kepala kucing dipenjara 29 bulan — MYKMU.NET

Lelaki penggal kepala kucing dipenjara 29 bulan



Sebaran :

KOTA KINABALU: Tindakan kejam seorang lelaki membunuh seekor kucing dengan memenggal kepala haiwan itu membawa padah apabila dijatuhkan hukuman penjara 29 bulan di Mahkamah Majistret Kota Belud pada Isnin.

Tertuduh, Jaferi Suman, 32, dijatuhkan hukuman oleh Majistret Lovely Natasha Charles selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.



Mengikut keterangan kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud kira-kira jam 3 petang pada 3 Julai lalu di hadapan anak-anak pengadu yang juga pemilik kucing terbabit.

Berikutan kejadian itu, pengadu kemudian membuat laporan polis kira-kira jam 3.35 petang pada keesokan harinya dan tertuduh telah ditahan pada 5 Julai lalu.

Kejadian itu turut menyebabkan dua anak pengadu trauma selepas melihat sendiri tertuduh yang juga jiran mereka membunuh kucing terbabit menggunakan parang.

Mengikut keterangan kes juga, siasatan mendapati tertuduh merupakan seorang penagih dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.



Dalam rayuannya, Jaferi meminta hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia tahan reman iaitu pada 5 Julai tahun lalu dan Lovely kemudian membenarkan rayuan tertuduh.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Mohd U’kasyah Hashim.


Sebaran :


Leave a Reply