Polis sahkan ‘Datuk’ nak bantah kes 4 lelaki mati ditembak

Beberapa hari selepas kejadian empat suspek samun ditembak mati di Sungai Buloh, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Datuk’ yang mewakili sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkata bahawa dia akan mengadakan bantahan secara berkumpulan.

Pemangku Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed mengesahkan bahawa lelaki itu ada menghubungi ibu pejabat polis daerah Sungai Buloh untuk memaklumkan rancangannya itu.

“Dia menghubungi ibu pejabat polis daerah Sungai Buloh untuk memberitahu rancangannya mengenai tunjuk perasaan itu.

“Kita masih menyiasat perkara ini termasuk bila dan di mana mereka akan buat bantahan itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada kejadian jam 1 tengah hari itu, sepasukan polis, yang mendapat maklumat mengenai rompakan di sebuah rumah di Rawang, terserempak dengan sebuah kereta Perodua Axia yang mencurigakan dengan empat lelaki di Sungai Buloh.

Engkar arahan polis supaya berhenti, kereta itu memecut ke arah Jalan Kuala Selangor dan bertembung dengan seorang penunggang GrabFood dan mengheretnya sejauh beberapa meter.

Arjunaidi berkata polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta suspek untuk menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, seorang daripada suspek kemudian keluar dari kereta dengan sebilah parang dan ini memaksa melepaskan beberapa lagi tembakan. Keempat-empat suspek mati di tempat kejadian.

Pemeriksaan menunjukkan bahawa keempat-empat suspek, berusia 20-an, terlibat dalam lebih 50 rompakan di Selangor sepanjang tahun ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker