Dahla mabuk, langgar kereta orang pula…

Petaling Jaya: Lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan dalam kejadian di Jalan SS 3/36 Sungai Way di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 48 tahun itu memandu Proton Wira.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu seorang lelaki sedang keluar dari parkir sebelum dilanggar kenderaan dinaiki suspek.

“Pemeriksaan mendapati suspek memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Nik Ezanee berkata, kemalangan berkenaan tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada kedua-dua pemandu.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya bagi tujuan pengesahan menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) dan mendapati bacaan melebihan had yang ditetapkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya. HM

Pemandu MABUK: Seret Motosikal 2 KM & Penunggang Terkorban [Video]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker