Najib sindir Guan Eng, Jadi saksi kes saya terhadap LHDN

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Najib Razak meminta Lim Guan Eng memberi keterangan dalam kes mahkamahnya terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), selepas setiausaha agung DAP itu mengkritik “pusingan U” dalam program pengampunan agensi kerajaan itu.

Terdahulu, Lim menyuarakan kesediaannya menjadi saksi, sekiranya pembayar cukai menyaman kerajaan kerana didakwa mengubah pendirian dalam program khas pengakuan sukarela (PKPS).

PKPS diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018, ketika Lim menjadi menteri kewangan.



Najib kemudian bertanya sama ada Lim boleh menjadi saksi dalam kesnya berhubung tunggakan cukai kira-kira RM1.7 bilion.

“Saya ingin Guan Eng beritahu hakim, kenapa LHDN masa dia (menjadi) menteri kewangan kenakan cukai ke atas dana disebut RM2.6 bilion yang dipulangkan kepada penghantar empat bulan kemudian, dikira sebagai pendapatan yang perlu dicukai,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pro Bersatu : Mati dalam beriman lebih penting, sindir Annuar Musa



Katanya, beliau didenda RM1.7 bilion oleh LHDN berhubung deposit itu, dengan kadar cukai dihitung sebagai 26%+40%+10%+5% dalam penalti terkumpul.

“Sejak bila dasar cukai pendapatan paling asas telah bertukar?” soal Najib.

RM2.6 bilion yang dideposit ke akaun AmBank peribadi bekas perdana menteri itu disahkan dalam perbicaraan SRC dan 1MDB-Tanore, telah dipulangkan kepada penghantarnya empat bulan selepas deposit dibuat.

Pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan LHDN meneruskan penghakiman terus untuk mendapatkan semula RM1.69 bilion daripada jumlah yang didakwa Najib sudah pulangkan empat bulan selepas diterimanya pada 2013.



Najib merayu terhadap keputusan itu pada Oktober 2020.

Mercedes: Ingatkan Kelantan, rupanya Pulau Pinang, sindir Maszlee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker