Kerap Belanja Aksi Mencolok Mata, Pelakon Sharifah Sakinah Ditegur PU Syed



Sebaran :

Sering memuat naik aksi mencolok mata dalam media sosial, pelakon Sharifah Sakinah ditegur Pencetus Ummah (PU) Syed agar lebih menjaga adab dalam berpakaian.

PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya menerusi surat terbuka kepada Sakinah menasihatkan pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu agar tidak memberikan pengaruh negatif terhadap netizen dengan aksi-aksi seksi yang sering dimuat naik dalam laman sosial.

“Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut dalam Instagram, saya ingin tegur perbuatan puan kerana pasti akan ada yang terikut-ikut dengan gaya hidup puan ini.



“Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta dilanggari,” tulis juara Pencetus Ummah musim ketiga itu perkongsian Instagramnya.

Menerusi kiriman tersebut, Syed menegaskan, tegurannya bertujuan menyelamatkan aktres itu daripada terus hanyut dalam ujian dunia.

“Biarlah puan naik dan popular dengan disulami adab dan akhlak yang terpuji. Ingatlah, kita daripada keturunan dan nasab yang mulia. Maka saya rasa perlu untuk menegur puan kembali ke jalan yang sebenarnya.



“Inilah cara kita sesama Islam untuk menyelamatkan saudaranya daripada terus hanyut dalam ujian duniawi,” ujarnya sambil menyatakan belum terlambat untumadik Sharifah Shahira itu menunjukkan sifat mulia kepada pengikut Instagram.

Sementara itu, Sakinah menyambut baik teguran PU Syed dengan memuat naik semula surat teguran tersebut menerusi Instagramnya.

Bersikap terbuka, Sakinah turut memohon maaf dan mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.



“Saya minta maaf, doakan yang baik-baik,” katanya ringkas berserta tanda pagar #sedarasedara.

Kosmo! semalam melaporkan Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, itu sekali lagi menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila memuat naik foto ‘belanja’ usai melakukan senaman.

Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu berkongsi sekeping foto dengan penampilan dan gaya yang mencolok mata sehingga mengundang perhatian pengikutnya dalam laman sosial. – K! ONLINE




Sebaran :


Leave a Reply