Singapura tawar vaksin Covid-19 kepada pemandu lori kargo Malaysia

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini menyatakan mereka akan menawarkan vaksin Covid-19 pada bulan ini, kepada pemandu dan pengiring lori kargo terpilih yang sering memasuki Singapura dari Malaysia.

Kenyataan MOH itu menyatakan, vaksinasi bertujuan untuk meminimumkan risiko jangkitan kepada pekerja yang terlibat dalam penghantaran barangan perlu ke Singapura.

“Vaksinasi akan memberikan perlindungan tambahan terhadap Covid-19, memastikan kakitangan terlibat akan terus menghantar barangan perlu ke Singapura dengan selamat,” katanya.



MOH menyatakan, mereka yang terpilih untuk divaksin akan dimaklumkan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) daripada Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura dan akan dihubungi selepas itu untuk janji temu menjalani vaksinasi di tempat yang ditetapkan di Singapura.

Syarikat penerbangan tawar khidmat kargo untuk kurangkan kesan krisis Covid-19

Mereka yang tidak menerima vaksin akan terus dibenarkan memasuki negara itu, bergantung kepada langkah pengawalan jangkitan yang dikenakan seperti ujian saringan ketika ketibaan dan langkah pengurusan keselamatan.



Berkaitan program vaksinasi Singapura, kementerian itu menyatakan sehingga 7 Mac 2021 mereka melaksanakan lebih daripada 596,000 dos vaksin Covid-19.

Secara keseluruhannya, MOH menyatakan kira-kira 379,000 individu di Singapura sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19, dan lebih daripada 217,000 menerima dos kedua dan melengkapkan rejim vaksinasi penuh.

Kementerian itu juga menyatakan, apabila lebih banyak bekalan vaksin tiba, ia akan memanjangkannya kepada kakitangan perlu yang terlibat dalam fungsi kritikal seperti posmen dan kakitangan penghantaran selain wartawan dan kakitangan operasi bank yang terlibat dalam operasi perbankan dan kewangan kritikal.

Sektor penerbangan ‘patah sayap’, 2020 tahun terburuk industri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker