Paras oksigen turun punca ‘ikan mabuk’ di Sungai Kulim

GEORGE TOWN: Kes ikan mati terapung di Sungai Kulim di Seberang Prai mungkin disebabkan oleh penurunan mendadak paras oksigen, dengan siasatan awal mendapati ia disebabkan oleh hujan lebat, kata Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut Pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab penurunan kadar oksigen itu selari dengan peningkatan kandungan pepejal terampai.

“Peningkatan pepejal terampai ini berkemungkinan disebabkan oleh hujan lebat di hulu sungai yang meningkatkan air larian permukaan di kawasan hulu sungai.

“Penurunan oksigen secara mendadak ini bekemungkinan memberi impak kepada spesies ikan yang sensitif,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjawab aduan Ahli Majlis Eksekutif Pulau Pinang, Norlela Ariffin berikutan penemuan ikan mati di sungai berkenaan yang kemudian mengalir ke daerah Penanti. Penduduk kampung berhampiran menamakan kejadian itu sebagai “ikan mabuk”.

Harga rumah di Malaysia mulai turun

Katanya, ikan berkenaan sudah mati di hulu sungai berhampiran Lunas yang kemudian terapung dan hanyut di tebing sungai di Pulau Pinang.

“Penurunan oksigen secara mendadak ini turut memberi kesan kepada hidupan lain yang ada di sungai,” katanya.

Zakiah turut mendedahkan, siasatan bersama dijalankan JAS Pulau Pinang dan Kedah juga tidak menemui sebarang kesan pelepasan industri sebagaimana disyaki sebelum ini.

Beliau berkata, sampel air dari tiga kawasan di Sungai Kulim diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca ikan berkenaan mati, selain melakukan imbasan dron di sungai bagi mencari punca pencemaran yang boleh dikaitkan.

Bulan lalu, kejadian sama turut dilaporkan berlaku di mana ratusan ikan ditemui mati di tebing Sungai Perai, berpunca daripada sisa bahan cuci tidak dirawat yang dibuang kilang berhampiran.

Kilang itu diperintahkan ditutup bagi kerja pembersihan dan didenda RM18,000 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Kerajaan Perlu Jawab, Penurunan Kes Covid-19 Hasil Dari Saringan Yang Dikurangkan? Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker