Kerajaan Perlu Jawab, Penurunan Kes Covid-19 Hasil Dari Saringan Yang Dikurangkan? Najib Razak

PETALING JAYA: Najib Razak tertanya adakah penurunan jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 yang diumum setiap hari akibat jumlah saringan yang banyak dikurangkan, selepas Kementerian Kesihatan (KKM) dikatakan tidak lagi saring semua kontak rapat positif.

Bekas perdana menteri dalam kenyataan di Facebook berkata, beliau diberi maklumat jumlah saringan Covid-19 dibuat KKM “jatuh” sejak minggu lepas, “akibatnya jumlah kes positif Covid-19 yang dilapor turut jatuh”.

“Tapi kadar positif (iaitu jumlah kes positif berbanding jumlah saringan) tetap tinggi dan melebihi kadar 5%,” katanya.



Kadar 5% merupakan paras minima yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menarik perhatian kepada laporan RTM 17 Jan, mengatakan trend kadar positif cecah 8%, Najib berkata kadar positif yang melebihi paras minima WHO menunjukkan “virus tersebut semakin merebak dalam masyarakat”.

Harga rumah di Malaysia mulai turun



“Adakah penurunan yang ketara bagi jumlah saringan setiap hari akibat langkah KKM yang diumum bulan lepas bahawa KKM tidak lagi akan saring semua kontak rapat kes positif?” katanya.

Persatuan Perubatan Malaysia dalam laporan FMT 13 Feb ada menyebut tentang dasar kerajaan untuk hanya menguji kontak rapat bergejala, menggesa KKM kembali menguji semua kontak rapat kerana risiko jangkitan daripada pembawa virus pra-gejala atau tanpa gejala.

Najib turut mempersoalkan langkah menyaring hanya kontak rapat yang menunjukkan gejala, mengingatkan sekitar 80% mereka yang positif Covid-19 tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Ramai masih tertanya-tanya kenapa jumlah kes positif turun begitu ketara tetapi jumlah kluster baharu dikesan setiap hari tetap tinggi.



“Kita harap KKM akan memberi data bagi jumlah saringan dibuat serta kadar positif terkini apabila mengumumkan jumlah kes positif setiap hari,” katanya.

AirAsia catat penurunan 85% jumlah penumpang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker