AirAsia catat penurunan 85% jumlah penumpang

Share

Jumlah penumpang AirAsia Group Bhd (AirAsia) susut 85% kepada 1.91 juta pada suku ke-3 2020 daripada 13 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Di sebalik pandemik Covid-19, faktor muatan AirAsia berkurangan sebanyak 18 mata peratusan (ppts) tahun ke tahun kepada 66%, kata syarikat penerbangan tambang murah itu dalam kenyataan hari ini.

Bagi tempoh bulanan, metrik operasi utamanya meningkat pada September berbanding Julai dengan mencatatkan jumlah penumpang lebih tinggi dalam operasinya di Malaysia, India dan Thailand, ia meningkat masing-masing sebanyak 36%, 79% dan 65%.

Katanya, faktor muatan untuk kumpulan itu meningkat 7.0 ppts pada September berbanding Julai.

“Peningkatan ini menunjukkan trend kenaikan yang kukuh untuk permintaan bagi perjalanan udara di pasaran utama untuk kumpulan tersebut,” katanya.

AirAsia Malaysia beroperasi pada tahap 52% daripada kapasiti domestiknya pada September berbanding 40% pada Julai kerana permintaan perjalanan berada pada trajektori menaik sejak suku ke-2 berikutan kelonggaran terhadap perjalanan antara negeri.

AirAsia Malaysia mencapai faktor muatan sebanyak 68% dengan mencatat hampir 1.8 juta penumpang pada suku tersebut.

Walaupun kapasiti dikurangkan pada Oktober susulan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan, AirAsia sedang berusaha untuk pulih kepada tahap 60% pada suku ke-4 sama seperti tempoh sebelum penularan Covid-19 dalam kapasiti domestik.

Faktor muatan AirAsia Indonesia turun sebanyak 36 ppts kepada 49% pada suku ke-3 2020 manakala AirAsia Filipina beroperasi pada tahap hanya 5% sahaja daripada kapasiti tahun lepas pada suku yang dikaji. Bernama

AirAsia catat kerugian RM803.85 juta pada suku pertama 2020

Leave a Reply