Harga rumah di Malaysia mulai turun

Harga permintaan rumah di Malaysia mula mencatatkan penurunan pada suku ketiga 2020, merentasi semua empat pasaran utama termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Ia berikutan prospek ekonomi Malaysia terhadap pasaran hartanah masih dibelenggu kesan COVID-19, sekali gus menjejaskan pasaran pada suku ketiga lalu.

Laporan Indeks Pasaran Hartanah (MPMI) PropertyGuru Malaysia mendapati, harga permintaan hartanah secara keseluruhan di negara ini turun 1.34 peratus pada suku ketiga 2020, berbanding kenaikan masing-masing 0.38 peratus pada suku kedua dan 0.63 peratus pada suku pertama.

PropertyGuru dalam kenyataannya berkata, buat pertama kali untuk tahun ini, semua pasaran utama hartanah mengalami penurunan harga.



Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terbaharu berikutan peningkatan kes di kebanyakan negeri, aktiviti komersial semasa dan pada masa depan akan terjejas.

“Ini akan menjejaskan harga permintaan dan juga keseluruhan pasaran hartanah secara negatif.

“Johor mencatat penurunan paling tinggi pada suku ketiga, di mana harga permintaan turun 2.97 peratus. Kuala Lumpur dan Selangor juga menunjukkan angka lemah dengan masing-masing menguncup 1.35 peratus dan 1.04 peratus.

“Pulau Pinang mencatat sedikit penurunan pada suku ketiga, iaitu 0.64 peratus. Dengan sedikit penurunan dalam harga permintaannya, Pulau Pinang adalah destinasi stabil bagi mereka yang ingin



memelihara nilai aset melalui pelaburan hartanah,” katanya.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata pasaran hartanah dan ekonomi pada umumnya memerlukan masa untuk pulih berikutan kehilangan pendapatan serta pekerjaan disebabkan oleh COVID-19.

Katanya, kesan COVID-19 tidak dapat dinafikan dan pemulihan ekonomi akan mengambil masa kerana ramai bergelut dengan kehilangan pendapatan serta pekerjaan.

“Namun, kajian terbaharu kami menunjukkan bahawa sehingga 81 peratus rakyat Malaysia mempunyai hasrat untuk memiliki kediaman sendiri pada tahun 2021.



“Ramai berminat dengan hartanah harga di bawah RM700,000 kerana mahu menaiktaraf atau mendapatkan ruang lebih besar selepas mengalami ketidakselesaan semasa perintah kawalan,” katanya.

Kaji selidik itu juga mendapati Johor muncul negeri dengan jumlah rumah siap dibina tidak terjual di negara ini iaitu sebanyak 6,166 unit.

Negeri itu juga mencatatkan penurunan harga permintaan yang paling ketara.

Bagaimanapun, trend penurunan harga itu mungkin menguntungkan Johor kerana menjadikannya lebih menarik untuk pasaran domestik. BH



Kawasan hartanah komersial baru mungkin kosong setahun, kata pakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker