2 pekerja positif Covid-19, Nasi Kandar Jamal Mohamed Butterworth tutup operasi

Restoran Nasi Kandar Jamal Mohamed di Jalan Kampung Benggali, Butterworth, Pulau Pinang ditutup selepas 2 pekerjanya dilaporkan positif Covid-19 semalam.

Pihak pengurusan restoran itu berkata, hasil maklumat daripada Kementerian Kesihatan (KKM), seorang pelanggan yang disahkan positif Covid-19 ke restoran itu 4 November lalu.

“Semalam, 2 daripada 7 pekerja yang menjalani saringan dan kuarantin pada 13 November lalu disahkan positif oleh KKM dipercayai dijangkiti oleh pelanggan itu.

“Lanjutan perkara itu, premis kami ditutup sementara waktu bagi memberi laluan saringan kontak rapat dan proses sanitasi serta nyahkuman. Penutupan bermula semalam hingga tarikh akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihak pengurusan restoran itu berkata penutupan hanya melibatkan cawangan di Butterworth dan tidak melibatkan cawangan lain.

“Pihak kami melakukan yang terbaik dan mengikut SOP ditetapkan KKM. Keselamatan pelanggan dan pekerja kami menjadi keutamaan.

“Ini kali pertama kami diuji dengan situasi ini,” katanya. FMT

Langgar SOP: 2 restoran nasi kandar di Kepala Batas diarah tutup 7 hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker