DAP kumpul bantahan larang jual minuman keras, DBKL diseru jangan gentar! · MYKMU.NET

DAP kumpul bantahan larang jual minuman keras, DBKL diseru jangan gentar!

Share

DAP Wilayah Persekutuan akan mengumpul bantahan daripada pihak berkepentingan yang terjejas dengan peraturan baru penjualan arak beralkohol tinggi (liquor) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai, berkata dia akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memohon agar keputusan itu ditarik balik.

Dalam garis panduan yang dikeluarkan DBKL semalam, kedai serbaneka, kedai ubat tradisional Cina dan kedai runcit tidak lagi dibenarkan menjual minuman keras bermula 1 Oktober 2021.

Bir masih boleh dijual tetapi hanya dari jam tujuh pagi hingga sembilan malam.

Di kedai ubat tradisional Cina pula, pengecualian dibuat untuk produk minuman keras bagi “tujuan ubatan tradisional”.

Menurut Tan, peraturan baru itu melanggar hak orang bukan Islam untuk mengamalkan budaya mereka, yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Dia berkata peraturan baru itu juga dilihat “anti-perniagaan” dan yang menjadi korban adalah peniaga yang mematuhi undang-undang dan membayar cukai.

“Perniagaan alkohol sudah menghadapi banyak sekatan dan sukar untuk mendapatkan permit.

“Peraturan baru, yang meletakkan lebih banyak sekatan, pasti akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemain industri,” kata Tan dalam satu kenyataan dalam bahasa Mandarin, hari ini.

Tan berkata peraturan baru itu juga dijangka akan mempengaruhi sektor pelancongan apabila dikuatkuasakan.

“Bagi sejumlah perniagaan, (wabak Covid-19) adalah soal hidup dan mati. Kerajaan tidak seharusnya memburukkan keadaan dan sebaliknya perlu memperkenalkan dasar pro-perniagaan.

“Mereka harus memberikan lebih banyak insentif dan bantuan kepada sektor perniagaan dan memulihkan keyakinan pasaran,” katanya lagi. Mk

Beku Lesen Arak: Pemimpin DAP kata PN “Tak Guna” PAS “Gila” UMNO “Lagi Gila”

Leave a Reply