Beku Lesen Arak: Pemimpin DAP kata PN “Tak Guna” PAS “Gila” UMNO “Lagi Gila”

Hanya kerana DBKL membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras, pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew:

(1) Mengatakan Kerajaan PN “tiada guna”, PAS “gila” dan UMNO “lagi gila”.
(2) Mendakwa pembekuan ini adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).
(3) Menyebut DAP akan mengambil tindakan perlu selepas berunding dengan team perundangan mereka.
(4) Mendesak DBKL segera menarik balik pembekuan ini.

Seorang lagi pemimpin DAP, Ramkarpal Singh, pula berkata kerajaan tidak menunjukkan apa-apa bukti bahawa pembekuan pemberian lesen minuman keras baharu akan mengatasi atau mengurangkan kejadian kemalangan maut yang berpunca daripada pemandu mabuk.

Adalah menjadi hak DAP untuk membela hak peniaga dan peminum minuman keras, tetapi soalnya betulkah Kerajaan PN “tiada” guna, PAS “gila” dan UMNO “lagi gila” hanya semata-mata kerana DBKL membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras?



Nyatakan komen anda kepada Ronnie Liu di sini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=3633341100015798&id=100000198327350

Dr. Kamarul Yusoff



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker