Langgar SOP: 2 restoran nasi kandar di Kepala Batas diarah tutup 7 hari

Dua restoran nasi kandar di daerah ini diarah tutup selama 7 hari kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam operasi bersama polis hari ini.

Kesalahan yang dilakukan oleh restoran terbabit ialah tidak mengehadkan jumlah pengunjung dan tiada penjarakan fizikal sesama pelanggan, katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, operasi yang bermula pada 5 petang itu turut menyaksikan 3 kedai makan, termasuk sebuah restoran mi goreng yang terkenal di daerah ini diberi amaran kerana tidak patuh SOP.



Kelima-lima restoran berkenaan juga dikenakan kompaun RM1,000 masing-masing, katanya. FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker