Awal Ashaari disaman RM3juta akibat keluarkan kenyataan fitnah · MYKMU.NET

Awal Ashaari disaman RM3juta akibat keluarkan kenyataan fitnah

Share

Setelah menerima ugutan undang-undang tanpa henti daripada pelakon dan juga pengacara televisyen, Awal Ashaari, syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry meneruskan tindakan menyaman selebriti itu dan dua defendan lain kerana didakwa memfitnah syarikat itu.

Syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta.

Naz Carpentry telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubara, Advocates and Solicitors.

“Awal Ashaari, seorang pengguna Instagram dengan hampir lima juta pengikut di laman media sosial tersebut dilaporkan memuat naik pelbagai Instagram Stories di antara November 2019 dan November 2020.

“Beliau didakwa telah merosakkan imej, jenama, dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu,” kata kenyataan daripada pengurus krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications.

Syarikat hiasan dalaman itu mendakwa bahawa hantaran, catatan dan komen fitnah oleh Awal memberi gambaran negatif mengenai organisasi tersebut, selain menjejaskan kedudukan syarikat tersebut dalam industri, serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.

“Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan.

“Oleh itu, anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini.

“Oleh kerana surat tuntutan telah dikirim kepada Awal Ashaari, cara yang betul adalah untuk Awal Ashaari melantik seorang peguam untuk membalas notis tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kami belum menerima balasan dari pihak beliau,” kata kenyataan itu.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan Syarikat berkata, anak guamnya itu bagaimanapun tidak akan bertindak balas terhadap ancaman dan ugutan yang dibuat oleh Awal yang telah diterbitkan oleh pelbagai pihak ketiga.

Nurul Hafidzah dibantu oleh peguam Zeti Zulkifli dan Wan Azmir Wan Majid.

Secara kolektif, barisan peguam yang dilantik oleh Naz Carpentry pernah mewakili anak guam berprofil tinggi termasuk seorang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Maria Chin Abdullah, Linda Rafar, Zarina Anjoulie Lavocah, dan Ammar Alfian, antara lain.
Awani

Peminat Terkejut Scha Alyahya Padam IG, Minta Penjelasan Awal Ashaari

Leave a Reply