Peminat Terkejut Scha Alyahya Padam IG, Minta Penjelasan Awal Ashaari

 

Semalam, pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya secara tiba-tiba memadam akaun Instagram miliknya selepas memuat naik satu status. Kehilangan Scha cetus tanda tanya dan jadi kebimbangan orang ramai. Rata-rata netizen mula tidak senang dan bertanya tentang Scha tersebut di ruangan komen media sosial Awal Ashaari.

 



I’ve had enough

Status terakhir Scha di Instagram dengan tulisan ‘I’ve had enough’ mencetus tanda tanya pengikut di laman sosial IG. Ada segelintir netizen membuat spekulasi bahawa Scha memadam akaun media sosial tersebut kerana sedang marah dan merajuk berdasarkan kepada status tersebut.

Ramai risaukan Scha

Di Instagram Awal Ashaari, rata-rata komen dihujani persoalan kemana Scha Alyahya menghilangkan diri. Masing-masing mendoakan agar pelakon Awan Dania itu dalam keadaan baik. Tak kurang juga ada mendakwa Scha alami alahan pada telefon bimbit. Betul ke?



Tak boleh tengok telefon?

Doakan Scha

Sumber : Awal Ashaari



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker