Mustaqim dikompaun RM1,000 dua langkah dari kedai sendiri

Pelakon Mustaqim Bahadon mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah arahan memakai pelitup muka ketika berada di kawasan umum.

Mengambil contoh dirinya, hanya kerana hendak ‘berasap’, dia menerima denda dan hukuman atas kesalahan menanggalkan pelitup muka ketika berada berhampiran dengan kedainya.

“Hangpa (anda) semua janganlah tanggalkan mask (pelitup muka) walaupun sekejap. Saya baru kena kelmarin depan kedai saya.

“Dua langkah je depan kedai saya dok (tengah) berasap. Terkono (terkena) RM1,000.

“Tapi tulah macam mana nak ‘berasap’ kalau pakai pelitup muka kan,” katanya di Instagram sebentar tadi.

Mengakui dia gagal mematuhi peraturan, kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu, pelitup muka wajib dipakai walaupun ketika sedang bekerja di tempat sendiri.

“Saya mengaku salah saya. Anda semua, Jaga prosedur operasi standard (SOP).

“Jangan ambik mudah! Walaupun anda berseorangan, anda wajib pakai pelitup muka walaupun di kawasan kedai anda sendiri,” katanya. Mk

KKM cadang naikkan kompaun dari RM1,000 kepada RM10,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker