Sentuhan Magis Menjadi..’Kalau Dia Pegang Gitar, Jadilah Lagu’-Datuk Lat Kongsi Kehebatan Mamat Khalid

Sentuhan Magis Menjadi..’Kalau Dia Pegang Gitar, Jadilah Lagu’-Datuk Lat Kongsi Kehebatan Mamat Khalid

Kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid mengambarkan adiknya, Allahyarham Mamat Khalid sebagai seorang yang cukup berbakat.

Jelas beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Lat, sentuhan ‘magis’ pengarah tersohor itu begitu dekat dengan masyarakat luar bandar, dan ia mudah diterima.



“Dia itu memang sudah ada darah seni dalam tubuh dia. Jadi kita pun tahu dari dulu lagi, apa sahaja yang dia pegang (menghasilkan seni). Kalau dia pegang gitar… jadilah lagu. Kalau dia pegang piano, jadi lah muzik.

“Kalau dia bercerita, orang semua ketawa. Kita dalam keluarga bila dengar cerita dia, mesti ketawa. Dia pandai buat kelakar,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Masjid Paloh, di sini pada Ahad.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, 58, selamat dikebumikan sekitar pukul 2.26 petang.

Allahyarham Mamat menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.



Bercerita lebih lanjut, Lat, 69, berkata Allahyarham adik bongsu itu begitu meminati bidang seni sejak dari kecil lagi.

Katanya, sepanjang karier seni pengarah filem Hantu Kak Limah itu, Allahyarham telah mengecapi pelbagai kejayaan hasil kerja kerasnya.

“Saya terlibat dalam seni lukis komik, dia pula seorang yang (memiliki sifat) karismatik.



“Banyak pengikut dan kalau nak jadi pengarah filem kita mesti ada karisma.

“Pada saya dia seorang yang sangat rajin, sedangkan saya kerja seorang, dia kerja beramai (pasukan produksi).

“Tetapi saya rasa dia sudah mencapai apa yang diimpikannya selama ini dan kita boleh lihat pencapaian,” ujar beliau.



Allahyarham Mamat meninggalkan isteri, Hasmah Hassan bersama lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Antara naskhah beliau yang paling diingati ramai ialah filem Man Laksa dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.-Awani

Sentuhan Magis Menjadi..’Kalau Dia Pegang Gitar, Jadilah Lagu’-Datuk Lat Kongsi Kehebatan Mamat Khalid




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mamat Khalid Sempat Doa Selamat Panjang Umur Kepada Jaafar Onn, Status FB Jadi Mesej Akhir Arwah

PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil Kecoh, Idris Harun Muncul Beri Ucapan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker