” Wise Up And Stop Clowning Around. Ini Bukan Satu Sarkas,” – Sarah Hildebrand

” Tolong jadi bijak dan berhenti jadi badut, ni bukan sarkas..”

Itu status dimuatnaik oleh pelakon Sarah Hildebrand yang menarik perhatian ramai di tengah-tengah isu membabitkan selebriti popular, Neelofa.

Ibarat pulang paku buah keras! Itu tindakan pelakon Sarah Hildebrand yang tampil mengkritik semula tindakan peminat fanatik pengacara Neelofa yang pernah mengecam penampilannya sebelum ini.

Sarah, 30, menerusi posting di Instagram pada Rabu turut mengingatkan semula tindakan peminat fanatik pengacara tersebut yang pernah menyamakan keperibadian Neelofa dengan isteri Nabi Muhammad S.A.W, Siti Khadijah.

” Sekarang apa? Apa yang kamu boleh katakan kepada diri sendiri? Ingat lagi tak apa yang kalian tuturkan pada aku?



” Anda membandingkan dia dengan isteri baginda Nabi Muhammad S.A.W, Khadijah, seorang wanita yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa di atas muka bumi ini.

” Wise up and stop clowning around. Ini bukan satu sarkas,” tulisnya.

Sarah turut meletakkan foto terkininya bersebelahan dengan foto Neelofa sebelum wanita itu berpurdah selain kapsyen kecaman netizen terhadapnya suatu ketika dahulu.



Di ruangan Instagram Stories, Sarah turut mengemaskini foto terbabit berserta emoji jari tengah.

Tindakan Sarah memuatnaik luahan hatinya terhadap pengikut fanatik pengacara terbabit menctuskan pelbagai perasaan di ruangan komen.

Malah, ada yang menasihati Sarah agar tidak mengambil kisah tentang sikap keterlaluan netizen yang sering melihat keburukan orang lain berbanding diri sendiri.

Sarah nyahaktif akaun Instagram

Menerusi tinjauan Gempak, selepas memuat naik status berkenaan, Sarah telah menyahaktifkan akaun media sosialnya itu.



Terdahulu, sekitar Oktober tahun lalu Sarah mengejvtkan ramai apaila berkongsi fotonya yang sudah tidak lagi berhijab di samping suaminya, Otto Gillen di Instagram.

Sarah sebelum itu pernah mengenakan hijab sekitar September 2015.

Episod Sarah dan Neelofa mulai menjadi sorotan apabila pernah mengkritak pengacara itu mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah keIab malam di ibu kota sekitar tahun 2018.

Peminat pula mula membanding-bandingkan kedua-duanya apabila Neelofa mulai berpurdah manakala Sarah membuka hijabnya.



Ketika itu Sarah telah menerima pelbagai mesej negatif termasuk dikaitkan dengan penghijrahan Neelofa sehingga memaksanya memuatnaik status berhubung perkara itu.

” Saya menerima banyak mesej seperti ini! Untuk anda yang mengikuti saya sama ada ikhlas atau tidak… ini adalah contoh tentang sesuatu yang tak boleh dikatakan kepada seseorang.

” Jangan jadi macam ni. Ini bukan contoh yang baik dan saya tak mahu ada antara anda menjadi terlalu rendah sebegini (moraI). Sekiranya peminat saya bersikap seperti ini, saya akan berasa maIu,” katanya.



Sarah menulis luahan hatinya itu menerusi Instastory pada Oktober tahun lalu.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik salah satu mesej peribadi yang diterima daripada netizen.

” Dulu kutuk Neelofa… sekarang Lofa dah berubah ke arah yang lebih baik tapi kau pula berubah ke arah… hmmm,” tulis netizen berkenaan.

Sebelum ini 2018, Sarah dikatakan pernah mengkritik Neelofa kerana mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah keIab malam-AsiaKini



Sumber: Gempak dan mstar

Tak puas hati dengan pengacara MeleTOP, Sarah Hildebrand beri kata-kata pedas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker