Jual buah pinggang demi hutang kahwin

Kabul: Seorang lelaki di kawasan penduduk miskin di pinggir Herat, bandar di barat Afghanistan sanggup menjual buah pinggang demi melangsaikan hutang perkahwinan.

Najbullah, 32, dilaporkan menjual organ badannya itu pada harga AS$3,875 (kira-kira RM15,700).

Dalam adat tempatan, lelaki perlu menyediakan sejumlah wang untuk mengahwini pasangan dan kegagalan melunaskan bayaran itu boleh menyebabkan si suami dibunuh.



Menurutnya, dia berbuat demikian kerana khuatir terhadap keselamatan keluarganya.

“Jika tidak dibayar ia boleh menyebabkan pergaduhan dan lapan orang mungkin terbunuh, jadi lebih baik saya menjual buah pinggang,” kata lelaki itu.

Buah pinggang itu dijual kepada hospital tempatan yang sering menjalankan pembedahan pemindahan organ berkenaan.

Seorang lelaki di Kabul menjadi penerima buah pinggang berkenaan dengan beberapa syarat dipersetujui bersama.



Namun, apa yang menyedihkan, selepas selesai pembedahan pemindahan organ itu, Najbullah masih tidak mampu untuk bekerja.

Malah, lelaki itu masih berhutang.

“Satu lagi buah pinggang saya masih sakit selepas pembedahan,” keluhnya.

Kebanyakan rakyat Afghanistan yang menjual buah pinggang adalah mangsa perang yang bekerja sebagai buruh.



Di Herat, tidak kurang daripada 32 individu daripada 150 keluarga mempunyai kesan luka pembedahan kerana menjual buah pinggang, kata seorang lelaki Ebrahim Hakimi.

Ada sekumpulan lelaki juga memiliki kesan luka pembedahan dengan kesan parut sepanjang 30 sentimeter di perut mereka.

Hakimi berkata, tindakan lelaki itu disebabkan desakan hidup sehingga individu terbabit terpaksa menjual organ itu di pasaran gelap.

Namun, tindakan itu boleh mengundang bahaya kepada mereka yang memutuskan untuk berbuat demikian.



Ia memandangkan ia memberi risiko terhadap kesihatan seseorang dan mereka masih tidak bebas daripada belenggu hutang.

Polis jejaki rakyat Malaysia dakwa jadi pengedar buah pinggang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker